Selasa, 29 Mei 2012

Rombongan UMNO ke Kuala Lumpur.



    Selasa, 29 Mei 2012. seawal jam 7.00 pagi kami sudah mula bergerak arah ke Kuala Lumpur dengan 2 buah bas dari SH04 ini. Rombongan percuma saja, nak lah aku pergi, Cuma bayar rm10.00 untuk tabung UMNO. Tak apelah, aku tak kisah tu semua. Pada awal dulu cadangnya cuma 1 buah bas dan wanita saja yang boleh pergi. Tapi permintaan yang ramai maka tambah 1 bas lagi. Dapatlah beberapa orang lelaki pergi sama. Alhamdulillah.
    Sebelum sampai singgah rehat untuk sarapan pagi di hentian Seremban. Dan tempat pertama yang di kunjungi ialah Istana Lama YDAgung. Menjelang tengahari terus ke Jalan TAR di kawasan Masjid India KL. Sempat juga shoping sikit2 kat Mydin. Sementara menunggu Nana yang katanya nak berjumpa di situ. Alhamdulillah, datang juga dia seorang diri, dan ajaklah makan tengahari bersama. Maka mahalnya makan di KL, 3 orang je dah rm31.00. tak pe lah kalau tak cuba tak tau. Menjelang petang kami ke Wisma GM pula, tempat jualan borong. Tak de apa pun yang aku beli di situ, nak beli apa, kalau untuk berniaga bolehlah beli banyak2. kalau setakat 1 atau 2 barang tak payahlah, lagi pun semua yang dijual di situ aku dah ada, nak buat apa lagi. Tengok2 sajalah. Jam 6.15 ptg kami mula meninggalkan KL menuju arah balik, dan menjelang Magrib, singgah di hentian Nilai, sempat juga makan lagi. 8.10 mlm teruskan perjalanan balik dan sampai ke rumah jam 10.20 malam. Alhamdulillah, selamat segalanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan