Isnin, 14 Mei 2012

Rombongan Tadika ke Melaka.



    Ahad, 13 Mei 2012. se awal jam 6.50 pagi sudah keluar berjalan kaki ke Tadika SH04. tak lama bas pun sampai dan bas mula bergerak pada jam 7.30pg menuju ke Melaka. Destinasi pertama ialah Zoo Melaka, tiba jam 10.30 pagi. Memang bagus sangatlah kalau rombongan bawa anak anak Tadika ni ke Zoo. Tiket untuk dewasa ialah rm8.00 seorang. Kira kira jam 11.45, kami meniggalkan Zoo menuju ke pantai Kelebang, bukan untuk mandi manda, Cuma untuk berehat makan tengahari. Bebudak Tadika semuanya di bawakan bekal untuk makan. Aku isteri dan Sfq sudah pun makan di kedai waktu di Zoo tadi lagi. Pukul 1.15 bas bergerak keluar, cadang nak melihat muzium kapal selam, tapi di tutup pula, tak dapatlah tengok dekat.




     Seterusnya kami ke pusat bandar Hilir pula, di sekitar Menara Tamingsari. Dapatlah menunaikan solat di situ. Kira2 jam 3.30ptg aku dan isteri menaiki menara Tamingsari. Tiketnya rm10.00 seorang. Terasa pening2 lalat juga ketika naik dan turun menara tu, maklumlah sambil ia naik dan turun, ia berpusing untuk melihat sekeliling kota Melaka.
     Jam 5.00ptg bas bergerak pula ke jeti dekat jambatan Hang Jebat. Diaorang nak naik bot pula menyusuri sungai Melaka. Aku malas dah nak naik, kepala dah pening, baik aku rehat je kat kawasan situ. 45 minit juga lamanya mereka manaiki bot. Itulah destinasi terakhir yang dilawati. Mana yang nak makan tu makan lah dulu. Kira2 jam 6.45 ptg baru bas bergerak meninggalkan Melaka dan terus saja balik. Alhamdulillah, selamat sampai kat rumah pada jam 9.15 mlm. Seronok juga sekali sekali berjalan makan angin macam ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan