Khamis, 10 Mei 2012. jam 2.30 ptg
bermulanya rewang untuk ahli blok 04 menyiapkan menu makan malam di surau malam
ini. Malam ni dah tiba giliran blok 4 semula. Rasanya baru jee haritu, dah
sampai giliran. Begitu pantas masa berlalu. Lagi pun SH 04 ni, cuma ada 9 blok,
jadinya cuma 9 minggu, tak sampai 2 bulan sekalilah giliran nya tiba.
Menu blok 04 malam ni ialah nasi
putih, dengan lauk ayam masak kurma, sambal goreng tempe +++, ulam ulaman dan
sambal belacan. Biasanya diaorang masak
ayam lemak cili api je, kali ni cuba kita buat perubahan sikit, OK tak. Kalau
nak kira modal biasanya rm400.00 juga, kekadang terlebih lagi. Tengoklah apa
lauknya. Dalam blok 04 ini ada 24 orang, tapi melayu islamnya Cuma 14 orang
saja, jadi soal menu itu kenalah kita 14 orang ni saja yang tanggung, mana
boleh ambil saja duit blok, sebab duit blok 04 itu bersama dengan india dan
Cina. Sedangkan ini majlis Ugama, jadi kita umat Islam sajalah yang buat.
Insyaallah, dengan adanya majlis majlis sebegini setiap minggu, akan
menyemarakkan lagi tuntutan ugama kita dan mengeratkan lagi silatulrahim antara
penduduk Qariah surau SH 04 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan