Jumaat, 18 Mei 2012. kalau
mengikut apa yang aku rancang sebelum ini, aku nak keluar seawal jam 7.30 pagi,
nak ke Bahau dulu, nak masukkan duit, balik barulah ke pasar tani BSJ. Tapi di
sebabkan adanya program homestay yang di beritau secara mengejut, terbatal lah
niat aku itu. Walau bagaimana pun pukul 10.20pg ni aku pergi jugalah ke pasar
tani dengan bini aku. Sebab dah janji, nanti merajuk pulak bini. Cadang nak
beli sarung bantal tak de pulak orang berjual. Pusing2 pasar tani, belilah ikan
masin, sayur labu, ayam penyek dan keropok terengganu. Kemudian ke pusat bandar
nak beli polident. Nak beli tanah baja di kedai rm1 pun tak ada. Apa lagi
singgahlah kedai makan, beli saja lauk segera, bini aku belilah 3 ketul ikan
tenggiri masak lemak, sayur goreng terung telunjuk dan goreng kering kacang
botol campur bilis. Senang balik nanti tak payah masak lauk lagi. Nasi bini aku
dah masak awal sebelum pergi tadi lagi. Alhamdulillah..... dah dekat tengahari
balik lah. Dan makan pada jam 12.30 tengahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan