Rabu, 2 Mei 2012

Mesyuarat Blok.



    Isnin, 30 April 2012, malam ni selepas solat isyak aku ke balai raya kerana ada mesyuarat blok. Ini mesyuarat yang pertama di adakan tahun ini. Biasalah blok 04, kehadiran kira ok jugalah, walau pun tak semua datang, tapi cukuplah korom. Blok 4 ni walaupun jarang buat mesyuarat, tapi buat juga, blok lain ada yang tak buat buat pon.
     Perkara yang di bangkitkan malam ni pasal nak tanam semula lah. Munkin bermula bulan 6 atau bulan 7 ini. Belum dapat di pastikan. Cuma yang di ketahui kontrek untuk kerja2 tanam semula telah di serahkan pada koperasi SH04. sementara belum tebang ini, segala hasil sawit masih boleh di tuai. Dan bila tiba masa tebang barulah kita akan menerima duit sara hidup sahaja lagi. Dalam blok 4 ini ada 2 orang yang mahu menanam sendiri, tidak mahu bersama Felda. Dan di dalam bulan 5 ini akan di tandakan semula pancang batu sempadan dengan batu yang lebih tinggi. Akan di adakan sehari gotong royong menandakan sempadan itu nanti. Selain perkara tanam semula yang di bangkitkan, pengerusi juga menyentuh hal2 Felda Global, pembelian saham FGVH oleh ambank juga pasal durian runtuh. Sebaik selesai mesyuarat kami semua pergi makan dan minum kat kedai depan. Biasanya aku jarang pergi makan minum ni, malam ni teragak pula hati nak ikut sama. Alhamdulillah....kenyang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan