Isnin, 14 Mei 2012

Majlis Semaian Bakti, Tuaian Budi.



    Isnin, 14 Mei 2012. Mulai jam 9.30 pagi lagi para peneroka SHK sudah mula berkumpul di dewan Besar SHK bagi meramaikan dan meraikan majlis kesyukuran atas pemberian Durian Runtuh yang telah di umumkan oleh Perdana Menderi pada 08 Mei tempohari. Tepat jam 10.45 pagi YB Dato Hj Lillah (Ahli Parlimen Jempol) pun sampai. Majlis di mulakan dengan ucapan alu aluan oleh pengerusi majlis serta di iringi dengan doa. Seterusnya Pengurus Felda Wilayah Raja Alias pula berucap, tentunya mengenai durian runtuh, saham FGVH. Dan yang paling menggembirakan ialah akan memberikan geran Tanah Felda yang akan di laksanakan sebelum bulan Julai ini juga nanti. Insyaallah.

    Seterusnya masa yang di tunggu, ucapan Dato Lillah kita yang dah tentunya menekankan lagi hal durian runtuh dan hal saham FGVH ini. Di samping itu terus memuji dan menyanjung kepimpinan PM kita sekarang yang begitu bijak menangkis segala tohmahan pembangkang. Dan menyeru kita semua Peneroka akan terus menyokong dan memangkah dacing bila tiba Pilihan Raya 13 nanti. Insyaallah..... seterusnya YB Dato Lillah menyampaikan Reptika Cek kepada semua ketua peneroka SH 01 hingga 07 mengikut jumlah nilai di rancangan masing masing. Yang pasti untuk Fasa pertama ini setiap Peneroka menerima cek bernilai Rm5,000.00 setiap seorang. Untuk fasa ke dua dan ketiga akan menyusul di kemudian hari sebelum akhir Julai 2012.
     Sebaik habis majlis, ada juga jamuan di sediakan kueh kuih, mee, bihun serta air panas dan sejuk. Selepas itu semua peneroka di arahkan ke pejabat Felda masing masing untuk mengambil cek yang telah di sediakan. Alhamdulillah.... syukur sesangat syukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan