Ahad, 20 Mei 2012

Cabut gigi di Klinik Kerajaan.



    Isnin, 21 Mei 2012. jam 8.00pagi lagi aku dan isteri keluar ke B S Jempol, terus saja ke klinik Gigi B S Jempol. Tujuan utama ku nak cabut gigi. Cadang cadang nak cabut habis saja semua gigi yang tinggal ini, tinggal 11 batang, 5 di antaranya sudah goyang. Aku pun daftar dan masuk ke bilik rawatan. Doktor kata boleh cabut sebatang sebatang saja dulu. Lain hari cabut lagi. Alhamdulillah, sebatang sudah gigi di cabut, tak ada pun rasa sakit, ok biasa saja.
     Kemudian aku terus memandu ke Bahau pula. Nak masukkan duit ke bank, seterusnya ke Pasar Borong Bahau, belilah ikan dan sayuran untuk stok seminggu. Kemudian singgah pula di kedai Satu Bahau. Tujuan utama aku nak beli raga besar untuk keperluan kenduri kendara. Aku beli 6 buah, 4 besar dan 2 lagi sedang. Tujuan aku beli raga tu bukan untuk keperluan sendiri, tapi niat ku nak hadiahkan pada Blok sahaja. Jadi ramai yang boleh guna untuk kenduri. Niatku iklas, duit tu pun duit Durian Runtuh haritu, Rezeki dari Allah swt. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan