Khamis, 3 Mei 2012

Mesin rumput dah OK.



    Jumaat, 04 Mei 2012. pagi ini aku test menggunakan mesin rumput yang telah di baiki oleh Aru. Aku mesin rumput kawasan atas bukit dan keliling stor blok 4. juga mesin bawah durian dan ubi2 di belakang paya. OK saja nampaknya mesin itu. Ye lah kos membaikinya pun rm150.00. ia itu ganti blok, piston dan ringnya sekali. Baik juga masih ada barang untuk mengganti, kalau tidak tak guna lagilah jawapnya. Mau saja beli yang baru. Tapi alhamdulillah, masih boleh di baiki dan masih boleh di guna, gunakan sajalah biar sampai ke akhir hayatnya. Mesin tu pun dah lama, dah lebih 20 tahun, tak pernah rosak pun sebelum ni. Ni lah pertama kali overhall. Mintak mintak, elok sajalah dia, senang nak mesin rumput sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan