Sabtu, 12 Mei 2012

Rewang kenduri hujan lebat.



    Jumaat, 11 Mei 2012, jam 3.00ptg bermula rewang kenduri kahwin di rumah seorang jiran. Pada awalnya cuaca amat baik panas sahaja. Sebaik sahaja lembu yang sudah di sembelih sampai, hari pun mulai hujan, makin lama semakin lebat berserta ribut dengan petirnya sekali. Maka kelam kabutlah memindahkan potongan lembu ke bawah khemah. Di tempat sempit itu lah semua orang membuat kerja, termasuklah mencincang daging dan tulang tulang. Di bawah khemah juga semua orang orang berteduh. Maka terlalu sempit lah jadinya. Belum pernah lagi rasanya rewang terkena dengan hujan dan ribut petir yang begitu kuat. Sampai jadi rasa takut di buatnya. Nak buat macammana, sudah kehendak Ilahi. Munkin juga itu satu dugaan dan peringatan dari Allah swt. Bersabar serta berdoa sajalah semuga semuanya selamat dan boleh di laksanakan. Siap sudah seekor lembu di cincang, namun masih ada lagi saekor yang sudah di sembelih di dalam lori. Masih belum di usik, kerana hari masih hujan berterusan. Sebaik cuaca agak reda sedikit aku pun balik lah, tak dapat menunggu sampai habis. Biarlah mereka mereka jiran yang terdekat sahaja menyiapkannya.
    Selepas isyak pada malamnya, majlis bacaan Yasin & tahlil di adakan, dan di ikuti jamuan makan. Alhamdulillah..... masak juga semua hidangan yang sediakan. Dan kenduri besarnya berlansung pada esok hari Sabtu. Namun aku hanya datang sebelah tengahari sebagai jemputan sahaja. Alhamdulillah sekali lagi, semua menu dapat di masak dengan sempurna. Sedap dan kenyang makan kat kenduri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan