Sabtu, 26 Mei 2012

Buat kenduri kahwin kat dewan.




    Ahad, 27 Mei 2012. tengahari ni sempat aku pergi kat kenduri kahwin yang di adakan kat dewan besar SHK. Meriah juga kendurinya, lagak macam orang kaya. Kebanyakan penduduk di sini buat kenduri kat rumah masing. Tapi kawan ku yang sorang ni lain halnya. Dia buat kat dewan pulak. Dulu ada dengar dengar nak buat kat rumah dia, tapi entah...kenapa tak jadik pulak. Agaknya kawan ku ini tak mendapat restu atau sambutan dari ahli blok. Al maklumlah dia tak duduk menetap di sini, jarang jarang balik sini, selalu duk kat rumah bini mudanya saja. Yang ada betunggu kat sini bini asal saja. Tu lah munkin dia segan nak buat kenduri kat rumah sendiri. Takut nanti tak de pulak orang yang nak tolong itu ini. Maklumlah kerja kenduri kat kampung ni perlukan masyarakat. Segala kerja kenduri di lakukan secara bergotong royong. Kalau kita tak campur masyarakat, macammana pulak. Sendiri mau ingat lah.
     Tapi alhamdulillah dan bagus juga, dia buat kat dewan. Dapat juga niat baiknya untuk menjamu penduduk di sini.  Kita orang tak perlu datang rewang, datang jemputan makan sahaja. Segalanya di siapkan secara kontrak, yang di sediakan oleh ketering. Tuan rumah cuma perlu bayar saja harga pekej yang di tentukan, selesai segala masalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan