Selasa, 29 Mei 2012. seawal jam
7.00 pagi kami sudah mula bergerak arah ke Kuala Lumpur dengan 2 buah bas dari
SH04 ini. Rombongan percuma saja, nak lah aku pergi, Cuma bayar rm10.00 untuk
tabung UMNO. Tak apelah, aku tak kisah tu semua. Pada awal dulu cadangnya cuma
1 buah bas dan wanita saja yang boleh pergi. Tapi permintaan yang ramai maka
tambah 1 bas lagi. Dapatlah beberapa orang lelaki pergi sama. Alhamdulillah.
Sebelum sampai singgah rehat
untuk sarapan pagi di hentian Seremban. Dan tempat pertama yang di kunjungi
ialah Istana Lama YDAgung. Menjelang tengahari terus ke Jalan TAR di kawasan
Masjid India KL. Sempat juga shoping sikit2 kat Mydin. Sementara menunggu Nana
yang katanya nak berjumpa di situ. Alhamdulillah, datang juga dia seorang diri,
dan ajaklah makan tengahari bersama. Maka mahalnya makan di KL, 3 orang je dah
rm31.00. tak pe lah kalau tak cuba tak tau. Menjelang petang kami ke Wisma GM
pula, tempat jualan borong. Tak de apa pun yang aku beli di situ, nak beli apa,
kalau untuk berniaga bolehlah beli banyak2. kalau setakat 1 atau 2 barang tak
payahlah, lagi pun semua yang dijual di situ aku dah ada, nak buat apa lagi.
Tengok2 sajalah. Jam 6.15 ptg kami mula meninggalkan KL menuju arah balik, dan
menjelang Magrib, singgah di hentian Nilai, sempat juga makan lagi. 8.10 mlm
teruskan perjalanan balik dan sampai ke rumah jam 10.20 malam. Alhamdulillah,
selamat segalanya.