Ahad, 1 Julai 2012

Hari lahir isteri ke 48.



   Isnin, 02 Julai 2012. Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran isteri ku yang ke 48 tahun. Dua hari lepas (Sabtu) anak anak semua balik, pada malamnya juga anak anak meraikan dan menyambutnya dengan memotong kek dan jamuan makan makan. Sebab masa tulah ada cuti, hari ni anak2 semua dah balik kerja. Jadi hari ni tak de apa apa lagi acara di buat. Walaubagaimana pun Nabila (cucu) dan emaknya tinggal di sini untuk seminggu lagi. Minggu depan baru papanya menjemput balik ke Kapar. Alhamdulillah, syukur yang aku ucapkan kepada Allah swt, masih di panjangkan nya usia, di berinya lagi kesihatan, kesejahteraan dan kebahagian dalam rumah tangga. Amin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan