Ahad, 29 Julai 2012. hari ini
sudah hari ke 9 umat islam berpuasa di bulan Ramadan. Alhamdulillah, sehat rasa
puasa tahun ini, dapat menunaikan tarawih dan dapat tadarus AlQuran. Harap
harap dapatlah penuh untuk puasa sebulan ini.
Tentang menu berbuka hari ini
cadangnya Nasi Ambeng. Entahlah sebelum ni pun bini aku bukannya pernah pun
buat nasi ambeng. Nak cuba la tu. Rasa nya sama je kot dengan masak nasi cara
biasa. Cuma lauknya je tu yang berbeza cara memasaknya. Resepinya ada, ikut jee
lah. Tak kisahlah pada aku asal boleh di makan, bolehlah tekak aku menerimanya.
Aku ni bukannya jenis orang yang memilih dalam bab makanan ni. Apa saja semua
boleh. Tapi kalau bini aku yang masak pasti sedap dan selera. Ni kan pula anak2
masih belum balik, bolehlah makan berbuka bersama dulu sebelum balik. Kari
kambing lepas kenduri 2 minggu lepas pun ada lagi, bolehlah di panaskan untuk
buat kuah makan. Nasi ambeng ni tak berkuah, susah sikit aku nak makan. Selain
itu ada juga buat kuih sagu mata ikan. Airnya pula sarsi cincau ais dan air
bandung. Fuhh... memang best berbuka petang nih.