Baru dua hari aku memulakan jogging
sebagai azam tahun baru ini. Terasa juga sakit sakit, lenguh lenguh seluruh
anggota badan, terutama di bahagian kaki. Al maklumlah tak pernah di buat buat,
sekarang baru tau. Lagi pun kerja dah tak ada. Dulu kerja bertukang rumah atau
wayering, badan senantiasa bergerak kesana kemari, macam bersenam jugalah. Tapi
kini duk makan tidur jee. Mana badan tu tak naik. Tiap tiap kali timbang pasti
berat bertambah, makin risau di buatnya. Nasib baik tiada darah tinggi dan
kencing manis.
Alhamdulillah, walaupun agak penat
berjalan satu jam, tapi badan ada rasa bersemangat dan bertenaga, tidaklah
nampak lesu atau tak bermaya. Insyaalah aku akan terus berjoging sepanjang
tahun ini, itu pun kalau tiada apa apa halangan yang mengganggu. Kalau boleh
aku nak turunkan berat badan aku ke tahap normal dengan cara berjoging ini. Tak
mahu lah menggunakan atau memakan apa apa ubat yang sering di iklankan.
Insyaalah... dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan