Selasa, 31 Januari 2012

Simpan data dan maklumat.


     Setiap awal bulan saja biasanya aku tak kemana mana, mengadap komputer saja berharian. Kerja ku mengisi atau menaip segala kerja atau perkara yang ku lakukan sepanjang bulan yang baru lepas ini. Serta mengemas kini kedudukan fail fail seterus nya menyalin ke pendrive dan ke Harddrive. Tak tau entah kenapa aku rajin berbuat begitu, dah jadi macam satu hobi pula. Macam macam rekod aku buat seperti diary, keewangan bulanan, rekod kenderaan, rekod homestay, diary ringkas anak anak dan isteri, bil bil bulanan, rekod perkahwinan, kematian, keewangan wayering dan macam macam lah lagi. Bukan untuk apa pun, aku Cuma untuk membuat catitan sebagai rujukan, senang nak mengetahui apa apa yang berlaku, apa yg aku buat dan bila tarikhnya, kesemuanya ada tercatit.
    Selain itu juga aku perlu mengemaskini kan data2, gambar2, video2 atau pun lagu2 yang baru aku download dari internet. Kesemuanya akan aku simpan di dalam folder khas di harddrive. Dah bayak benda2 tu aku simpan, nak buat ape yee. Entahlah aku pun tak tau, Cuma sekadar hobi sahaja. Kalau di fikir fikir bukannya perkara itu semua nak di bawa mati. Dah mati besok, semuanya tinggal. Cuma mana lah tahu ada anak2 yang ingin menyambung hobi ku itu atau sekadar rujukan mereka bila aku tiada nanti. Ingat2 lah hobi hobi juga, perkara untuk akhirat jangan sesakali di lupa. Buat segala yang di suruh dan tinggalakan segala yang di larang. Ini kerana hanya amalan baik, sedakah jariah dan doa dari anak2 yang soleh yang kita akan bawa dan di terima oleh Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan