Musim buah buahan
sudah mula berakhir, termasuk lah rambutan. Ada pun buahnya tinggal sikit sikit
dan mulai kehitaman. Bukannya habis di makan pun, banyak di curi monyet dan
jatuh jatuh kerana sudah terlalu lama masak. Cukup banyak rambutan berbuah pada
musim ini, mimang tak terhabis nak makan sendiri. Apa lagi bebudak dah dah ada,
siapa nak makan sebanyak tu. Harapkan aku macammana nak makan, gigi kacip dah
tak ada, kalau nak makan kenalah potong dulu dengan pisau, kan ke payah tu nak
makan rambutan. Tak pee lah, aku tak kisah semua tu. Nak bagi jiran jiran pun,
diaorang pun banyak buah rambutan. Nak jual...tak dee lah, tak reti aku nak
jual kat mana.
Hari ini aku
proning sepokok rambutan tu sampai habis betul dahan hujung hujung yang berdaun
tu. Tinggalkan dahan besar dan pokoknya saja lagi. Biar dia bertunas baru
nanti. Kata orang nanti pokoknya akan lebih cantik, sebab semuanya berdaun
baru. Dan akan menghasilkan buah yang lebih bermutu. Insyaallah la tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan