Selasa, 31 Januari 2012

Program Biotech bersama masyarakat 2012.


   Tajuk di atas adalah merupakan program pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang membuat program di Serting Hilir Komplek ini selama 3 hari 2 malam. Mereka semua tidur bermalam di rumah rumah keluarga homestay di sini. Dengan itu aku pun terlibat lah sama sebagai salah seorang pengusaha homestay. Aku menerima 4 pelajar perempuan sebagai anak angkat.
    Program bermula dengan kehadiran pelajar2 UPM yang menaiki 2 buah bas pada tengahari Ahad 29 Jan 2012. Sebaik sampai mereka di hidangkan makan tengahari di F’Best Homestay. Pada sebelah petang pengagihan anak anak anak angkat. Waktu magrib bawa kesemua anak anak angkat ke masjid kerana ada program tazkirah sehinggalah ke waktu isyak. Selepas itu ada majlis peresmian di dewan F’Best homestay.
    Pada hari ke dua, seawal jam 7.00 pg lagi kena hantar ke F’Best Homestay kerana ada program senamrobik, seterusnya program gotong royong di PDK SHK. Tengahari bawa balik kerumah untuk makan bersama keluarga. Jam 2.30 ptg hantar pula ke SMKSHK kerana mereka ada program penerangan bersama pelajar2 sekolah tersebut hinggalah jam 7.00ptg. 8.30 malam hantar lagi ke dewan F’Best Homestay, ada program kebudayaan, aku pun ikut sama ada di situ hingga jam 11.30 mlm.
    Di hari ke 3, hari ini, jam 8.00 pg hantar mereka ke padang petanqe di SH 07. Hingga jam 11.00 pg hantar balik ke dewan. Aku pun balik sekejap mengambil beg beg pakaian mereka dan membawa isteri sekali untuk majlis penutup. Di ikuti dengan jamuan makan tengahari. Pukul 1.00 ptg balik sekejap. Jam 2.00 ptg ke dewan lagi untuk majlis perpisahan. Tepat jam 2.45 petang mereka semua mula meninggalkan F’Best Homestay. Apa yang aku dan kami semua harapkan semuga pertemuan ini bukanlah yang terakhir, muga muga berjumpa lagi di masa akan datang. Atau sekurang kurang nya masih berhubung meski pun hanya melalui Telefon atau pun Face Book.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan