Isnin, 30 Januari 2012

Isteri ku batuk semput.



    Kesian aku tengok bini aku, terkena demam batuk dan semput pulak. Biasa tu tak lah seteruk ni sampai susah pulak nak bernafas. Aku pun tak dapat nak tolong, sekadar nasihat bolehlah. Pagi tadi dia boleh pergi sendiri ke klinik depan buat pemeriksaan dan menganbil ubat. Katanya sempat juga di pasangkannya alat bantuan pernafasan tu untuk mengurangkan semput tak bolh bernafas. Alhamdulillah lah, lega lah sikit katanya. Boleh lagi ke dapur untuk menyiapkan masakan. Kalau tidak payah juga, aku yang kena memasak.
    Kebetulan pula ada homestay di rumah ini. Petang semalam dapat juga dia pergi menjemputnya di pejabat. Empat budak perempuan dari Utm yang membuat program Biotech bersama masyarakat di sini. Dan isteriku masih dapat menyiapkan untuk makan malam. Magrib semalam akulah yang membawa budak2 homestay tu ke masjid untuk program tazkirah hinggalah selesai waktu isyak. Dan mereka menyambung untuk majlis peresmian di dewan homestay. Dah selesai jam 11 malam aku juga yang kena jemput kembali. Hari ini pun pelbagai lagi program homestay di jalankan. Aku hanya setakat dapat menghantar dan menjemput mereka balik sahaja. Tidak dapat bersama sama mereka. Badan aku pun rasa tak berapa sedap juga, sesekali terasa air hingus keluar dari hidung. Harap harap jangan lah pula aku demam juga.
    Walaubagaimana pun aku tetap bersyukur, walaupun isteriku demam dan semput dapat juga menyediakan makanan di rumah. Dan katanya pun di sebabkan adanya homestay ni lah semangatnya begitu kuat, kalau tidak terbaring sajalah jawapnya. Malam ni ada pula program makan makan babeque dan persembahan pentas di dewan F’Best Homestay. Harap harap sihatlah isteri aku dan dapat bersama pada malam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan