Sempena Tahun Baru Cina yang agak panjang ini, tentunya
ramai penghuni kota balik ke kampung masing masing. Termasuklah juga semua anak
anak, menantu dan cucu ku balik berkumpul sekeluarga. Jarang benar suasana
seperti ini dapat di rasa. Hanya pada hari hari tertentu sahaja, seperti minggu
ini, Cuti tahun Baru Cina.
Malam ini kita
suka suka sekeluarga, sambil membakar satey sendiri dan makan bersama sama
sekeluarga. Bukan satey saja, macam macam lagi makanan lain yang ada, ayam
goreng, ikan siakap masak 3 rasa,udang goreng dan lain lain. Nana juga balik bawakan kueh donat moden yang di beli nya di Seremban. Mewah sungguh makan malam ni. Anak anak
semua belanja. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan