Dah jadi
kegemaran aku tua tua begini. Kalau bergunting nak pendek2, guna mata mesin no
1 sahaja. Senang di urus, tak perlu di sikat, tak perlu bubuh minyak, kurang
penggunaan shampo, selesa, tak de rasa gatal kepala, cewah macam2 laa tu. Dah tua
ni apa nak fesen fesen sangat, bukannya nak mengurat anak dara lagi. Sedar diri
tu dah tua, dah banyak uban pun. Lagi pun bini aku mimang suka aku berambut
begini. Bergunting pendeknya untung juga, lama sekali baru bergunting, boleh
sampai 3 bulan, haaa kan jimat tu.
Lain lah masa
bujang dulu, rambut kena rapi selalu. Walau pun aku pernah berambut panjang,
rambut kena jaga selalu, tak de bau hapak. Tak de berserabai, kemas jee selalu.
Selalu pergi salon cuci rambut, lebih2 lagi kalau amoi yang cucikan, rasa nak
jee tiap hari di buatnya. Ha ha haaa itu semua cerita lama, Cuma sekadar kenang
kenangan. Sekarang tak buat lagi dah, cuci rambut dgn amoi. Cuci sendiri
cukuplah, pas tu bawa bergunting pendek kat kedai depan tu. Habis cerita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan