Sudah lama dia sakit, sudah lama dia menanggung derita akibat serangan
Kenser Tulang. Dah kerap kali keluar masuk hospital, namun apakan daya kita,
Tuhan lebih menyayangi nya. Dia telah kembali ke Rahmatullah di awal pagi tadi.
Dari semalam lagi dia sudah kelihatan terlalu nazak, nak di bawa ke hospital
pun, Doktor pun dah tak boleh buat apa apa lagi. Hanya berserah kepada takdir
yang maha Esa. Malam tadi sempat di bacakan surah Yasin beramai ramai di
rumahnya, agar dapat di kurangkan derita yang di tanggungnya. Kalau nak sembuh,
sembuhlah sebaiknya, kalau dah sampai ajalnya segerakan lah. Tak sanggup lagi
kita melihat keadaan nya. Sama2lah kita mendoakan agar rohnya di cucuri rahmat dan di gulungkan ke dalam orang2 yang beriman.
Yang aku maksudkan ialah anak
salah seorang jiran di sini. Masih muda lagi baru lepas mengambil pepereksaan
SPM. Begitu lah resam hidup di dunia ini, yang hidup pasti akan menemui mati.
Cuma kita tidak tahu bila kita akan menempuhnya. Oleh itu beringat lah wahai
semua kawan2, adik2 dan anak2 sekelian, ajal boleh menjemput kita bila2 masa
sahaja, tak kira masih muda atau sebaliknya. Kita yang mengaku sebagai umat
Islam wajib menjalankan segala yang di perintahNya, dan meninggalkan segala apa
yang di larangNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan