Balik jogging buatlah kerja
sambilan di rumah. Dah 3 pagi aku mula menambak tanah di tepi rumah. Tapi
bukannya banyak pun, sepagi Cuma 5 kereta tolak sahaja. Itu pun lebih kurang 1
jam juga. Tanah perlu di cangkul di atas bukit tu dan di bawa turun berkereta
sorong. Baik juga menurun bukit, kalau menaik memang tak terdaya menolaknya.
Buat lah sikit sikit, lama lama siap juga nanti. Dah tua tua ni jangan kerja
lasak lasak sangat, takut nanti jem, langsung tak boleh buat apa apa. Buat
kerja sekadar menjaga kesihatan, daripada duduk saja kat rumah tak buat apa
apa, ada baiknya buat kerja kerja sampingan yang berfaedah.
Cadang
nanti dah siap tambak tu nak tanam ubi kayu saja. Dah tentu subur pokok ubi
nya. Tanah asal kat bawah tu dah mati, dah padat dan dah tak ada baja. Jadi
kalau nak tanam apa apa kenalah ambil tanah lain yang lebih subur. Tanah yang
aku tambak tu adalah tanah hitam dan tanah bekas tapak pembakaran sampah dulu.
Mudah mudahan projek aku ini akan berjaya. Buka untuk apa.. sekadar keperluan
keluarga sendiri sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan