Jumaat, 13 Januari 2012

Rombongan Pengantin ke Kelantan



    Sabtu, 14 Januari 2012, 12:29:21 pagi: Malam ini tinggal lah aku kesorangan dirumah. Isteri dan anak ku ikut rombongan 1 bas ke Kelantan mengiringi pengantin anak salah seorang jiran ku. Dah selalu sangat isteri ku ikut dalam hal2 rombongan pengantin ni. Dan aku pun dah biasa sangat tinggal kat rumah. Memang malas aku nak pergi, tak berminat pun. Pada aku tak kisah, kalau isteri ku nak ikut, aku tak pernah melarangnya.
    Nak harapkan aku yang membawa ke mana mana, jarang dan jauh sekali. Habis2 pun setakat pergi Bahau untuk shoping atau membayar bil dan sebagainya. Atau juga setakat balik kampong sahaja. Tak minat kalau aku nak bawa bersiar2 atau pun melancong. Jadi kalau ada peluang begini, biarlah dia ikut pergi. Asal tidak membuat apa2 perkara yang di larang atau di tegah oleh ugama sudah lah. Dan aku senantiasa mendoakan agar mereka semua selamat sampai ke destinasi, dan selamat kembali ke rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan