Seperti biasa
pagi pagi aku berjoging bersama isteri aku. Tapi pagi ini setelah separuh
perjalanan, agak sukar sikit berjalan kerana sebelah tapak kasut ku dah nak
tetanggal, dah melambai lambai. Terpaksalah perlahankan langkah dan penuh hati
hati. Jangan sampai tertanggal terus. Kalau dah tanggal, jawapnya berkaki ayam
lah sebelah kaki. Lagi pun kasut tu dah lama, rasanya dah lebih setahun kut. Dan
bukannya jenis yang mahal, kasut murah jee, belas belas ringgit jee. Memang patut
pun ia nya akan tanggal. Dah sampai ajal nya. Tapi aku tak kisah pun itu semua.
Hati aku puas juga hari ini dapat berjalan mengikut trek yang biasa ku lalui.
Kebetulan pula
hari ini anak ku nak keluar ke pekan Bahau. Apa lagi aku pun kirimlah pada dia
untuk beli kasut baru. Tak tau lah ada ke kedai yang bukak sempena Tahun baru
Cina ni. Kalau tak ada kedai cina yang bukak, tak dapatlah esok aku nak
berjoging lagi, kena cutilah untuk beberapa hari sebelum dapat kasut baru. Nak pakai
seliper jee, tak sedap pulak, di buatnya putus tali seliper, haaa, kena berkaki
ayam juga. Lagi parah. Aku harap harap adalah kasut baru untuk esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan