Isnin, 9 Januari 2012

Balik Kampung Temeris



     Sudah lama tak balik kampung. Rasanya balik sekejap hanya pada Hari Raya Aidil Fitri lalu sahaja. Itu pun balik ke rumah kak Long sahaja. Dah tak berani nak pijak rumah orang Tua tu. Ye lah dah tak ada apa apa hak untuk kita, semua nya telah di serahkan kepada bekas menantu kesayangan orang Tua tu. Jadi nak balik kemana lagi, kalau dah tak ada kampung halaman. Kesian orang tua tu, sudah di perbodohkan dan di perguna gunakan oleh bekas menantu nya untuk merebut semua harta yang ada. Baik juga semua anak2 yang lain tidak mengamok, tidak berhasad dengki, walaupun di hati wujud penyesalan dan kekecewaan. Nak buat macammana lagi, nasi sudah menjadi bubur.
     Hari ini balik kampung pun sebab ada nya kematian salah seorang Pak Saudara, seorang yang amat di kenali penduduk setempat, beliau (Allahyarham) juga seorang Imam dan guru mengaji. Tak patut kalau tak datang menjenguk walau pun sekejap, sebagai penghormatan kita yang terakhir. Sebaik sampai tadi jenazah telah siap di kafankan dan hendak di sembahyangkan. Tunggu lah sehingga selesai di kebumikan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Al-Fatihah untuk allahyarham. Kami mendoakan semuga Rohnya di cucuri rahmat, di ampuni segala dosa2nya dan di gulungkan bersama2 mereka yang di terima oleh ALLAH swt, sebagai penghuni syurga yang telah di janjikan. Amin.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan