Isnin, 2 Januari 2012

Beli kereta sorong baru



     Sudah lama sangat kereta sorong yang ada tu, rasanya dah lebih 5 tahun, dah patah pun besi bengkok di depannya itu. Walaubagaimana pun ia masih boleh di gunakan untuk kerja2 ringan untuk mengangkut sampah. Angkut tanah atau pasir dah tak boleh lah, takut langsung ranap, langsung tak boleh guna lagi. Jual kat besi buruk jee laa jawapnya.
     Pagi ini aku beli satu lagi kereta sorong baru, warna hijau, harganya Cuma RM75.00. boleh lah tu untuk kegunaan sendiri kat rumah saja. Bukannya untuk bawa kerja menolak buah sawit lagi. Kalau untuk kerja tolak sawit kenalah beli yang baik sikit tu, harganya Rm110.00, tapi tak payah lah, beli yang hijau ni pun cukup lah. Pagi ini aku dah mulakan untuk mengangkut tanah hitam di depan stor tu, bawa ke tepi rumah untuk tambak mana yang rendah. Boleh tanam ubi nanti, subur lah ubi tu. Pagi ni baru dapat tolak 4 kereta, esok2 sambung lagi. Buat kerja begini seperti juga bersenam, keluar peluh,  baru lah sihat tubuh badan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan