Sabtu, 02 Jun 2012. hari ni hari
cuti pejabat, tapi pejabat kena buka juga hari ni, sebab arahan dari pehak
atasan untuk para peneroka menandatangani borang bluefom bagi pembelian saham
FGV yang di janjikan tempohari. Janjinya pukul 2.30ptg semua peneroka kena
hadir di pejabat. Tapi sebaik aku sampai belum pun apa apa lagi. Tapi peneroka
dah makin ramai yang hadir. Maka kenalah tunggu dengan sabar, nak balik takut
terlepas, mau tak mau tunggu sajalah. Nasiblah aku ni tak de kerja di mana
mana, tak lah kisah sangat. Bagi mereka yang bekerja, terpaksalah bercuti. Yang
balik kampung terpaksa balik semula ke Felda. Kerana peluang ini hanya di buka
hari ni dan esok saja. Kalau terlepas ini maka terlepaslah sepenuhnya, tidak
ada ulang tayang.
Alhamdulillah, aku termasuk juga
dalam gulungan yang tiada masalah untuk menandatangani borang ini. Segalanya
berjalan lancar. Semuga apa yang di harapkan, perkara ini akan benar benar
menguntungkan dan tidak mendatangkan masalah lain kepada peneroka. Peneroka
sekarang bukan macam dulu dulu, semua nak ikut kata Felda, tapi peneroka
sekarang dah bijak bijak. Lebih bijak lagi kalau mengutuk, mempersenda dan
meleceh lecehkan Felda. Mintak mintak janganlah aku begitu. Aku benar benar
bersyukur dan berterima kasih kepada Felda yang terlalu banyak berjasa pada
peneroka dan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan