Jumaat, 08 Jun 2012. senja
semalam, ketika aku ke Surau, ada 2 keluarga datang ke sini untuk menginap di
rumah ini, kata mereka untuk 3 malam. Mereka adalah anak anak menantu keluarga yang akan
mengadakan majlis perkahwinan di SH 05. Katanya susah nak duduk kat rumah emak bapaknya,
saudara ramai, rumah sempit, susah nak mandi dan macam2 lagi. Jadi 2 keluarga
tu memilih untuk tidur di rumah ini. Terima kasihlah. Kalau 3 malam x rm120.00
satu malam, OK juga tu. Dapat juga nambah nambah duit pendapatan. Selalunya
homestay yang kami ambil dari pejabat pengurusan F’Best Homestay. Tapi yang ini
lain sikit, mereka terus datang kerumah tanpa melalui pihak pengurusan. OK lah
tu.
Kebetulan anak menantu cucu aku
juga balik malam tadi, makin ramai lah penghuni rumah ni. Baik juga rumah
besar, bilik ada 5. 2 bilik tu khas untuk penghuni homestay sahaja.
Alhamdulillah.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan