Sabtu, 30 Jun 2012

Mesyuarat Agung KOPERASI PENEROKA SH 04.



    Sabtu, 30 Jun 2012, jam 3.00 ptg ini bermula mesyuarat Agung Koperasi Peneroka SH 04 yang di adakan di balai raya SH 04. kalau bab kehadiran dalam mesyuarat ni tentu saja penuh, apa tak nya, elaun kehadiran sahaja RM50.00 seorang. Mesyuarat sekejap saja, tak sampai 3 jam dah dapat rm50.00. tambah lagi dengan dividen & bonos yang di bagi tahun ini 15%, tinggi tu. Kalau banyak pelaburan, banyaklah dividen yang di terima. Tapi yang di bayar hari ni Cuma 10%, manakala 5% lagi terus di masukkan dalam tambahan pelaburan masing masing.
    Kebetulan pula hari ini juga ada pula jiran yang memulakan kerja kenduri kahwin. Jadi ada lah yang datang daftar kehadiran sahaja, lepas tu sambung kerja rewang kat tempat kenduri. Nak buat macammana kalau dah bertindih begitu, terpaksalah berbagi bagi. Koperasi pun dah bagi lampu hijau. Itu pun kerja rewang mencincang ayam dan daging lembu sudah bermula dari pukul 10.00 pagi tadi dan siap menjelang tengahari. Jadi sebelah petang ni diaorang Cuma nak buat persiapan kenduri tahlil dan berinai pada malam ni saja nanti. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar.

Jumaat, 29 Jun 2012

Majlis bacaan Yasin dan Tahlil GPW.



    Jumaat, 29 Jun 2012. selepas solat jumaat tiap minggu GPW akan mengadakan bacaan yasin dari rumah kerumah ahli penduduk SH04. kali ini di rumah seorang jiran di blok 03. yang menariknya kaum lelaki berdekatan juga di jemput sama. Selalunya kaum perempuan sahaja, tapi kali ini tuan rumah berhajat menjemput beberapa jiran lelakinya untuk bertahlil bersama.
     Sebaik majlis bacaan selesai, biasalah ada jamuan makan. Kali ini menunya nasi himpit (ketupat segera) dengan lauk rendang ayam dan sambal kacang. Juga ada roti canai, kuih muih, tembikai dan sebagainya. Banyak betul makanan. Perut dah kenyang, banyak mana lagi boleh nak makan. Walau bagaimana pun syukur alhamdulillah.... kita di bumi malaysia ni masih mewah dalam makanan. Kalau di lain lain negara ada yang kebuluran kekurangan makanan. Kita di sini melimpah ruah makanan. Maka bersyukurlah banyak banyak.

Majlis Israk & Mikraj di Surau SH04.



   Khamis, 28 Jun 2012. mulai petang ini bermulalah rewang bagi majlis ceramah sempena sambutan Israk Mikraj yang di adakan di surai SH 04. majlis sebegini setiap tahun di adakan. Menu untuk makan malam ini nasi putih, kari kambing, lemak pucuk ubi, ayam goreng sambal tomato, acar timun nenas, ikan masin dan sambal belacan. Kira hebat juga lauk tu, besar juga belanjanya. Tapi tak pe, bajek ada apa susah, kitorang juga yang memakannya.
    Penceramah undangan kali ini ialah ustat Noor Amley bin Idris, merupakan seorang guru ugama yang mengajar di PULAPOL (pusat latihan polis air Hitam). Muda lagi orangnya, tapi bagus juga cara penyampaiannya. Seronok mendengarnya, mudah di fahami. Majlis bermula selepas solat magrib. Sehabis ceramah solat isyak dan seterusnya jamuan makan. Alhamdulillah .....segalanya berjalan lancar.

Rabu, 27 Jun 2012

Buat lagi pasu acuan zink (corak baru).



    Rabu, 27 Jun 2012. balik pada jogging hari ni aku sambung lagi buat pasu ukiran zink untuk ke dua biji. Semalam lagi aku dah mulakan sebuah sebagai percubaan. Alhamdulillah, jadik juga, cantik juga rupanya. Kali ni lain sikit fesyennya. Aku ketuk ketuk tajamkan lipatan zink sebelah dalamnya, sebelah luar biarkan separuh bulat. Manakala acuan dinding sebelah lubang dalamnya, hanya menggunakan beldi plastik lama. Bila dah di buka siap, cantik jadinya, macam buluh atau kayu separuh bulat yang di susun keliling membentuk bulatan. OK juga tu. Tengoklah esok2 berapa biji boleh dapat buat, sebab simen dan pasir pun dah nak habis.

Selasa, 26 Jun 2012

Gotong Royong Perdana SH 04.



    Selasa, 26 Jun 2012, jam 3 petang ini bermula gotong royong bagi membersihkan kawasan luar dan dalam bangunan Balai Raya SH04. Balai raya itu baru siap di perbaharui dengan tembok depan dan pagar keliling bangunan, baru di tampal tiles keseluruhan lantai dalamnya dan baru di cat semula. Oleh kerana macam tak de kerja nak ku buat, aku baliklah sekejap untuk mengambil mesin rumput dan beli minyak petrol sekali. Aku pun mesinlah sorang sorang kawasan belakang. Yang lain berkemas luar dan dalam. Yang mengecewakan nya, semua sekampung SH04 di jemput hadir bergotong royong, namun yang datang tak sampai 30 orang. Kemana diaorang semua, sibuk sangat ke sampai tak ada masa nak menjenguk barang sekejap pun. Gitulah kalau di sebut gotong royong, kebanyakannya malas nak datang. Walaubagaimana pun syukur alhamdulillah juga, masih ada yang sudi meluangkan masa. Terima kasih lah pada semua yang hadir.

Isnin, 25 Jun 2012

Belikan HP baru untuk Nana.



   Isnin, 25 Jun 2012. selesai cabut gigi aku dan isteri pun singgahlah kat Aktif BSJ. Tengok tengoklah kat kedai telefon tu, berkenan pulak dengan satu telefon tu NOKIA C2-05. harga yang di tawarkan Cuma rm220.00 termasuk memori 2GB, OK sangatlah tu, lagi pun memang HP macamtulah yang Nana berkenan tempohari, tengok iklannya di surat khabar. Tanpa membuang masa aku terus membelinya dengan bayaran tunai. Sesudah tu belilah barang keperluan dapur sikit2, mana yang perlu. Nak balik singgal lagi kat kedai rm1, tujuan utamanya nak beli tanah, tanah untuk tanam bunga jee. Beli 6 bag, baru rm6.00. memandangkan hari kian tengahari, singgah pula kat kedai makan, beli sahaja lauk yang dah siap di masak. Kat rumah tadi dah masak nasi. Karang balik rumah senang tinggl makan saja lagi.

Cek TDT & Cabut gigi lagi.



    Isnin, 25 Jun 2012, pagi ini aku dan isteri ke klinik depan untuk buat pemereksaan Tekanan darah tinggi. Biasalah 3 bulan sekali kena pergi untuk pemereksaan, rawatan dan ambil ubat yang di perlukan. Setelah di pereksa, alhamdulillah, tak de naik darah tinggi aku, normal sahaja ia itu 124/77. kira ok sangat lah tu. Berhubung dengan pemereksaan gula dalam darah yang di pereksa 3 bulan lalu, ok juga ia itu 4.4 sahaja. Amat rendah. Cuma buah pinggang saja yang ada sikit masalah. Kini doktor bagi lagi ubat khas untuk pinggang, ½ biji sekali makan dan sehari sekali makan sahaja. Kemudian pada 9hb 7 nanti doktor suruh datang lagi untuk ambil darah buat pemereksaan.
     Selesai saja di klinik tu aku terus ke BSJ pula, bawa isteri sekali, terus pergi ke klinik gigi. Aku cabut sebatang lagi sebelah bawah depan. Kali ini terasa agak sakit sikit walau pun giginya sudah bergoyang. Tapi alhamdulillah juga masih boleh di tahan. Lagi pun kali ini doktor perempuan yang cabut, tidak seperti selalu doktor lelaki. Alhamdulilah...dah 5 batang cabut di situ, kini ada tinggal 6 batang saja lagi gigi aku.

Ahad, 24 Jun 2012

Tanam anak benih Durian.



     Ahad, 24 Jun 2012. pagi ni cuti, tak kemana mana. Sebaik balik  dari jogging, aku pon mulalah buat2 keja kat rumah sendiri. Mula mula letak pasu ukir zink yang aku buat hari tu ke tepi jalan, isi saja tanah dan terus tanam bunganya. Barulah nampak cantiknya, kalau tidak nampak sangat kurang satu, tinggal tunggu untuk cat sahaja lagi, biar seragam.

     Yang keduanya, tanam benih durian musang king, pemberian mahassiswa UPM tempohari. Dah lebih 2 minggu terletak saja dalam polybag tu. Baik juga ada kawasan agak lapang di belakang rumah tu, boleh lah sumbat 2 pokok durian tu lagi. Insyalah kalau ada rezeki, hidup berbuah pokok tu, merasalah kita memakannya. Kalau tak pon anak cucu masa akan datang, boleh juga menikmatinya. Anak cucu sesekali balik kampung (felda). Seawal dulu kawasan tu dah tanam juga durian, tapi dah mati di sebabkan anai anai yang bersarang di bawahnya. Satu lagi dulu ada pokong jering yang terlalu rimbun, tapi buahnya tak ada, melindung tanaman pokok2 lain, jadi aku tebanglah. Satu lagi dulu ada pokok kuini, pon aku tebang, berbuah tapi buahnya tak pernah dan tak boleh di makan, asyik berulat saja di dalamnya. Nak buat apa, baik aku tebang juga. Tu lah yang jadi agak lapang sikit kawasan tu. Harap2 hidup suburlah pokok durian yang aku baru tanam tu...insyaAllah...

Kenduri kahwin




    Sabtu, 23 Jun 2012. hari ni ada lagi beberapa orang buat kenduri. Kenduri kahwin, kenduri potong jambul, kenduri bertunang, macam2 kenduri. Tapi hari ni aku pergi Cuma 1 tempat ia itu yang buat kenduri kahwin. Se awal jam 7.30 pagi lagi aku sudah ke sana untuk rewang, mencincang daging lembu dan sebagainya. Macamtu lah kalau jiran dekat yang buat kenduri, kenalah turun rewang. Kalau yang jauh2 tu lain lah, kita Cuma datang jemputan makan sahaja. Nak balik sahaja cuma salam keruk, dah selesai. Kenduri dekat ni kita lah kena jadi orang pangkal, menyediakan itu dan ini, sampai lah majlis selesai.

Rabu, 20 Jun 2012

Repair semula bangku simen yang rosak.



    Khamis, 21 Jun 2012. Pagi ini kerja aku main simen. Ha haa, dah lama tak main simen, hari ini kena main simen. Sikit jee. Ni haa nak pasang balik penyardar bangku simen pero yang telah tanggal berbulan bulan lamanya. Bangku ni dah lama aku buat, rasanya dah hampir 10 tahun, catnya pun dah kelabu asap, bercandawan. Aku terpaksa ketuk semula pecahkan kawasan yang nak di sambung tu, dan sangkutkan semula, kaitkan besi yang terdapat di dalamnya. Sudah tu baru lah tampal semula dengan simen. Kerja ni yang kena hati hati, cermat cermat, tak boleh gopoh gapah, tenang tenang sahaja. Al maklum lah simen yang masih basah dan cair mudah jatuh. Tapi kalau hati kita cekal membuatnya insyaallah boleh buat. Alhamdulillah.... lebih kurang 1 jam saja buat selesai. Tunggu sajalah ia kering sendiri. Esok esok boleh cat cantik cantik semula.
     Yang ke duanya, main simen juga. Buatkan satu lagi pasu ukir zink, sebagai ganti yang telah pecah. Kalau tak buat, tak cantik rupanya pandangan kat tepi jalan tu, kurang satu lagi pasunya. Mau tak mau aku buatkan juga lagi satu. Baik juga zink acuan lama tu masih ada tersimpan, Cuma acuan dalamnya tak ada. Akhirnya dapat juga aidea, bekas tong cat yang besar. Haa jadi juga nampaknya, Cuma ia nampak lebih tebal konkritnya. Ok lah tentu ia lebih tahan.

Isteriku ke Mesyuarat Agung Homestay.



    Rabu, 20 Jun 2012. pagi ini aku hantar isteri aku ke pejabat untuk bersama kawan kawannya menghadiri mesyuarat agung tahunan homestay, yang kali ini di adakan di homestay Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Dengar khabarnya 10 orang wakil dari F’Best Homestay ke sana pagi ini. Semuanya ada 8 homestay di Negeri Sembilan ini. Tahun ini Homestay Lonek yang menjadi tuan rumah. Aku malas pergi, sebab cadang nak cabut gigi lagi. Jadi isteri aku menumpang saja dengan kawan sesama pengusaha. Tak pee lah, aku izinkan saja kalau untuk kebaikan.
    Sebaik mereka berlepas, aku juga terus memandu sorang diri ke Bandar Seri Jempol. Apa lagi, cabut gigi lagi lah untuk kali ke 4. selesai cabut pusinglah kejap kat Bandar Baru, tengok kedai banyak yang masih belum buka, apa lagi terus balik sajalah. Kat rumah boleh jugak on internet. Itulah cerita aku hari ini. 

Selasa, 19 Jun 2012

Ke Kuala Pilah lagi.



    Selasa, 19 Jun 2012, jam 7.15pg ini aku dan isteri ke Kuala Pilah lagi. Baru sampai di hentian bas depan ada seorang tua menunggu bas. Aku pun pelawa dia naik bersama, dia pun mahu naik tumpangkan sampai ke pekan Bahau. Setelah bercerita, rupanya beliau adalah ayah kepada seorang peneroka di sini juga. Aku kenal peneroka itu, selalu menjual goreng pisang, kerepek, celdol dan ABC di sabuah gerai di sini. Sambil isteri aku melayan cakap2 orang tua tu, hati ku mula berfikir, kenapa lah orang tua di biarkan nak balik sendirian naik bas. Sedih aku mendengar ceritanya. Katanya beliau ada 10 anak, 8 masih ada, tapi boleh di kata semua tidak memperdulikan orang tua tu lagi. Termasuklah yang duduk di sini tu. Kedatangan dan pemergiannya tidak di pedulikan. Apalah salahnya hantarkan orang tua nak balik, sekurang kurangnya hantar sampai ke hentian bas. Ini tidak, di biarkan saja orang tua tu balik sendiri berjalan kaki dan menumpang orang lain. Anak dia sendiri tidak memperdulikan, tidak bertanya khabar pon, tidak menanya pun susah senang orang tu, dan tidak memberi sedikit pun wang belanja. Kesian pula aku melihatnya. Setahu aku peneroka (anak beliau) tu bukannya orang susah lagi, orang berniaga, kereta besar, rumah pun besar, duit dah tentu banyak, kenapa sanggup membiarkan orang tua tu hidup melarat sendirian.
    Aku tanya lagi, hari ni nak kemana tok. Katanya nak balik ke rumah kampung sendiri kat Melaka. Tinggal sendirian saja di sana. Isteri beliau sudah lebih 4 tahun dulu meninggal. Nak buat macammana, kata beliau kalau anak2 semua sudah tidak memperdulikannya lagi. Banyak lagi cerita sedih yang diluahkan sepanjang perjalanan ke Bahau itu. Aku pun tak terkata apa apa, melainkan kesedihan yang turut ku rasa. Aku sangat2 berharap pada diri ku dan keluargaku sendiri, janganlah sampai keadaan jadi begitu.
     Berbalik kisah aku nak ke Kuala Pilah ni tadi hanyalah temujanji doktor pakar yang ingin membuat terapi pada tangan isteri yang kena buat pembedahan tempohari. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Isnin, 18 Jun 2012

Cuti Israk Mikraj.



    Isnin, 18 Jun 2012. Negeri Sembilan cuti hari ini sebagai ganti cuti umum (Israk dan Mikraj) yang jatuh pada semalam hari minggu. Tapi orang macam aku ni nak cuti apanya, kerja sendiri, tu pun kalau ada kerja, kalau tidak cuti sajalah sepanjang masa. Sebagai memenuhi masa lapang pagi ini aku ke stor blok 4, kira dan kemaskan semula barang2 blok yang di guna untuk kenduri hari minggu semalam. Dah tugas aku. Selain itu sempat juga aku menampal dawai jaring pada lubang angin di stor itu. Bukannya apa, tikus masih boleh masuk. Tikus membawa sampah untuk buat sarang dan merosakkan sebahagian perkakas plastik. Berlubang lubang sampai tak boleh di guna lagi. Tengoklah akan datang ni, dapat tak lagi tikus masuk, rasanya dah tak ada lubang lagi dah.
    Pagi tadi juga aku dapat berita ayah seorang kawan blok aku juga peneroka telah kembali ke rahmatullah. Berbelah hati juga aku nak pergi ke tidak menziarah, di sebabkan tiada kawan yang mengajak, aku pun sama tak dapat pergi. Tak pee lah. Namun aku tetap mendoakan semuga rohnya di cucuri rahmat dan di ampunkan segala dosa dosanya.
    Petang ni sempat aku ke kedai depan, bergunting lagi pendek2, no 1 saja. Bolehlah tahan sampai nak raya nanti baru bergunting semula. Senang dan mudah di urus.

Sabtu, 16 Jun 2012

Mesin rumput lagi.


    Sabtu, 16 Jun 2012. kalau ikutkan badan memang rasa tak terdaya, malas. Sebab badan masih terasa leteh demam selsema. Tapi aku gagahkan juga memesin rumput yang telah panjang. Semak mata memandang. Alhamdulillah, siap juga bahagian halaman, tepi jalan dan sedikit belakang. Dan siap tolong bini dan anak kemaskan sekali sampahnya. Gitulah rutin bulanan aku. Kekadang tak sampai sebulan pon, kalau musim hujan, rumput cepat tumbuh, dah nak kena tebas semula.
     Jam 4.15 ptg lori kawan dah datang nak pinjam barang blok buat kenduri cukur jambul cucunya esok. Kenalah aku tolong juga naikkan barang ke lori. Kenduri kecil2 pon 2 trip juga mengangkutnya. Alhamdulillah... selesai segalanya. Malam pula lepas isyak ke kenduri arwah di blok 7. memang musim kenduri, macam2 kenduri....

Rasa demam, batuk & Selsema.



   Jumaat, 15 Jun 2012. badan aku terasa tak berapa sehat hari ni. Cadang nak cabut gigi pun aku batalkan saja. Pagi ni aku ke klinik depan saja, jumpa doktor kerajaaan dan minta ubat untuk demam, selsema dan batuk. Alhamdulillah, di tambahnya lagi dengan ubat vitamin. Sebenarnya aku ni jarang2 demam ni, dan jarang sekali pun pergi klinik. Biasanya kalau demam sikit2 tu makan panadol yang ada kat rumah je. Kalau batuk makanlah ubat batuk sedia ada saja. Hari ni teragak pulak aku ke klinik nak minta ubat. Bukannya kena bayar pon, RM1.00 saja sebagai pendaftaran. Rawatan dan ubat free saja. Di luar negara mana ada cam tu. Bagus sungguh kerajaan kita ni.
    Sebaik balik dari klinik aku dan isteri ke BSJ pula. Yang tentunya ke pejabat pos nak bayar bil. Selain itu isteri aku cuba tanya nak tukar stem bernilai rm60.00 dengan wang pos. Tapi kerani pos itu tidak mahu. Maka terpaksa jugalah beli semula wang pos 3 keping rm20.00=rm60.00, tujuannya untuk di sertakan dengan borang mohon KPF anak anak. Tak pee lah nak buat cam nee. Lepas tu jalan2lah ke pasar tani kejap,, tak tau apa yang nak ku beli, bini aku saja yang belanja sikit. Balik kerumah singgah sekejap di pejabat SH04, serahkan wang pos tersebut.  Alhamdulillah.....selesai masalah.

Isnin, 11 Jun 2012

Hantar borang KPF untuk anak anak.



    Isnin, 11 Jun 2012. pagi ini bini aku ke pejabat SH 04 untuk menghantarkan borang permohonan anak anak aku menjadi ahli KPF (Koperasi Permodalan Felda). Tiga orang anak2 aku telah cukup umur dan layak memohon. Oleh kerana semalam anak anak semua dapat balik, dapat lah untuk tandatangan borang tersebut. Cadang cadang nanti dah dapat duit durian runtuh habuan anak anak tu, bolehlah sebahagian dari duitnya di laburkan dalam KPF. Jangan di belanjakan habis gitu saja.
    Setelah bini aku serahkan borang itu ke pejabat, kerani pejabat tu beritahu pula, bukannya stem kak... tapi wang pos bernilai rm20.00 setiap satu. Sudah.... dulu bini aku tanya dengan kawannya, Cuma sertakan stem rm20.00, tiga keping tu rm60.00. Ni lain pulak ceritanya. Nak buat cam ne, bawalah balik stem tu, tinggalkan borang saja dulu. Esok jee lah keluar ke BSJ untuk beli wang pos. Kalau pos tu mahulah tukar saja stem tu dengan wang pos, OK juga tidaklah rugi. Kalau pos tak nak, kena tanggunglah kerugian, wang pos tetap kena beli jugak. Harap2 dan mintak2 dapatlah tukar saja esok. Amin...

Ahad, 10 Jun 2012

Hari lahir ku yang ke 52.



    Ahad, 10 Jun 2012. hari ini genap umurku 52 tahun di lahirkan ke dunia. Alhamdulillah.... syukur teramat syukur ke hadrat ALLAH swt, masih di berinya kesempatan untuk hidup di muka bumi ini. Kalau ku pandang keliling dah ramai kawan2 yang di bawah pada aku telah kembali ke rahmatullah. Soal ajal bukan kita yang tentukan, itu semua urusan ALLAH swt. Beringat ingatlah selalu, buat yang di suruh, jauhkan yang di larang.

    Kalau masa budak budak atau bujang dulu, jarang aku teringat hal2 hari lahir ini, kekadang sampai terlupa, tau tau sudah terlepas tarikhnya. Ye lah dulu dulu mana ada orang tua tua buat sambutan hari lahir. Tak de sape yang nak ingatkan. Tapi tak de masalah pon itu semua. Cuma sejak 2 @ 3 tahun kebelakangan ini saja, anak anak yang mengingatkan nya. Anak2 yang membelikan kek, membelikan makan2 untuk di jamah bersama, membeli hadiah2, entah apa apa. Ye lah...anak2 pun sudah bekerja, tak kisah lah apa mereka nak bagi. Alhamdulillah dan terima kasih sajalah. Pada ayah tak kisah pon, nak buat ke nak apa kee, pasal hari lahir ni aku tak kisah. Asal jangan sampai melampaui batas sudahlah.

Sabtu, 9 Jun 2012

Kenduri bertunangnya Jaodah.



    Sabtu, 09 Jun 2012. tiap tiap sabtu atau minggu mesti ada orang buat kenduri. Hari ini jiran terdekat buat kenduri bertunang. Munkin majlis langsung kahwinnya dalam tahun ini juga, ia itu lepas raya nanti. Yee lah tu, dah sampai jodoh, tak kan nak tangguh tangguh. Yang baik kita buatkan dan raikanlah bersama. Seawal jam 9.00 pagi aku dah ke rumah jiran tu, buat buat dan tolong tolonglah apa yang patut. Sehinggalah jam 11.30 pg majlis di mulakan dengan tahlil arwah. Tepat jam 12.00tg rombongan meminang pun sampai, apa lagi sedang eloklah kita menyambutnya. Di ikuti dengan jamuan makan. Alhamdulillah.... selera saja makan.



    Jam 12.45 aku meninggalkan kenduri jiran tu, menuju satu lagi majlis kenduri perkahwinan yang di adakan di dewan terbuka F’Best Homestay. Kenduri di sini di adakan oleh pasangan kakitangan Felda yang membuat majlis besar besaran bagi melangsungkan perkahwinan 2 pasang anak mereka sekali gus. Wah meriah sungguh nampaknya. Hidangan makanan pula di sediakan oleh ketering. Tapi sayang perut ku sudah terasa terlalu kenyang, tak sanggup rasanya nak makan nasi lagi, jadi aku Cuma makan/minum cencol sahaja lagi. Cukuplah tu, syukur alhamdulillah....

Khamis, 7 Jun 2012

Ada Homestay menginap di sini.



    Jumaat, 08 Jun 2012. senja semalam, ketika aku ke Surau, ada 2 keluarga datang ke sini untuk menginap di rumah ini, kata mereka untuk 3 malam. Mereka adalah anak anak menantu keluarga yang akan mengadakan majlis perkahwinan di SH 05. Katanya susah nak duduk kat rumah emak bapaknya, saudara ramai, rumah sempit, susah nak mandi dan macam2 lagi. Jadi 2 keluarga tu memilih untuk tidur di rumah ini. Terima kasihlah. Kalau 3 malam x rm120.00 satu malam, OK juga tu. Dapat juga nambah nambah duit pendapatan. Selalunya homestay yang kami ambil dari pejabat pengurusan F’Best Homestay. Tapi yang ini lain sikit, mereka terus datang kerumah tanpa melalui pihak pengurusan. OK lah tu.
     Kebetulan anak menantu cucu aku juga balik malam tadi, makin ramai lah penghuni rumah ni. Baik juga rumah besar, bilik ada 5. 2 bilik tu khas untuk penghuni homestay sahaja. Alhamdulillah.....

Ke Kuala Pilah lagi.



    Khamis, 07 Jun 2012. jam 6.50pg aku dan bini dah mula bergerak dari rumah menuju ke Kuala Pilah. Singgah di Bahau sekejap, masukkan duit di CIMB untuk tambang Shafiq nak balik esok. Kesian jugak akaknya pun tak de berduit nak bagi tambang, almaklumlah baru lepas kenduri kahwin adik iparnya di Perak.
    Di Kuala Pilah, biasalah bini aku buat pemereksaan doktor pakar selepas baru semalam jahitan di tangannya di buka di klinik depan semalam. Kata doktor OK jee, tak de masalah. Cuma doktor sarankan nak buat terapi, tetapi tak jadi hari ini, sebab orang terlalu ramai. Doktor bagi tarikh 19 Jun nanti datang semula untuk buat terapi. Tujuannya untuk melatih supaya tangan dan jari jari dapat menggenggam seperti biasa semula. Pukul 11.30 kami pun balik, singgah lagi kat Bahau untuk membayar bulanan kereta, shoping barang dapur kat Econsave dan makan tengahari. Balik kerumah dah dekat pukul 3.00 ptg. Alhamdulillah..... selamat segalanya.

Selasa, 5 Jun 2012

Cabut gigi lagi.



     Rabu, 06 Jun 2012. hari ini aku sendiri pergi ke Klinik Gigi B S Jempol. Sebab bini aku juga kena pergi ke klinik depan untuk membuka jahitan tangannya. Dan dia boleh saja pergi sendiri naik moto. Sesampai saja aku di klinik gigi, aku terus masuk dan buat pendaftaran dengan bayaran rm1.00. Tunggulah macam biasa, dah di panggil masuk ke bilik rawatan. Kali ini aku cabut gigi geraham depan kanan sebelah bawah. Gigi tu pun dah goyang juga. Kali ini terasa agak sakit sedikit ketika doktor mencabutnya. Doktor suruh lembutkan badan supaya tak sakit, macammana nak lembutkan badan kalau terasa sakit, tahan jee lah. Lagi pun masa yang di biarkan selepas di injek terlalu singkat (sekejap), rasanya belum terasa kebas dah di cabutnya. Tak pee lah, masih boleh di tahan. Lagi pun doktor dah biasa dengan kerja dia. Rasanya tak de kut orang yang mati kerana mencabut gigi.
     Tak sampai 5 minit aku rehat, trus saja memandu pulang ke rumah, malas nak singgah di mana mana. Sepanjang perjalanan dan dah sampai di rumah, baru terasa kebasnya. Terasa masih tebal sebahagian bibir dan pipi. Alhamdulillah... selamat sudah.

Program Gerak Bakti Siswa 1 Malaysia (UPM).



     Selasa, 05 Jun 2012. program ini sudah bermula dari tengahari semalam lagi, dengan ketibaan sabuah bas siswa/siswi dari UPM. Pengagihan anak anak angkat di lakukan semalam. Hanya 8 keluarga yang menerimanya. Alhamdulillah isteri aku dapat 3 orang lelaki. Dan terus saja bawa balik kerumah untuk berehat. Jam 5.00ptg hantar pula ke padang petanqe di SH 07 untuk mereka bermain petanqe. Cadang nak buat sukan rakyat, tapi tak jadi memandangkan cuaca hendak hujan. Jadi balik sajalah ke rumah.
     Jam 8.45malam sekali lagi bawa ke dewan F’Best Homestay untuk majlis ucapan dan makan malam. Menu biasalah nasi goreng dengan ayam/ikan bakar serta lain lainnya. Memang mewah makan, sampai tak terhabis. Majlis di selangi dengan persembahan karaoke dari peserta, dan berakhir jam 11.15 malam.








      Hari ini jam 8.00 pagi acara senam robik di dewan terbuka F’Best Homestay, di ikuti minum pagi di dewan. 10.00 pagi lawatan ke PDK dan acara menanam 2 anak benih durian sumbangan UPM. Dan balik ke rumah pada jam 11.15 pagi. Sementara itu peserta mandi dan berkemas untuk balik. 12.00 tg hantar pula ke pejabat untuk majlis perpisahan. Dapat pula 2 benih anak durian dan sabuah hemper untuk setiap keluarga angkat. Terima kasih lah banyak2 atas sumbangan tu. Dan seterusnya majlis makan tengahari. Tepat jam 2.00 petang peserta meninggalkan F’ Best Homestay, untum meneruskan lawatan ke SAWARI dan Keropok Banu di BSJ. Mudah mudahan semuanya selamat.

Sabtu, 2 Jun 2012

Tandatangan borang BlueFom.



    Sabtu, 02 Jun 2012. hari ni hari cuti pejabat, tapi pejabat kena buka juga hari ni, sebab arahan dari pehak atasan untuk para peneroka menandatangani borang bluefom bagi pembelian saham FGV yang di janjikan tempohari. Janjinya pukul 2.30ptg semua peneroka kena hadir di pejabat. Tapi sebaik aku sampai belum pun apa apa lagi. Tapi peneroka dah makin ramai yang hadir. Maka kenalah tunggu dengan sabar, nak balik takut terlepas, mau tak mau tunggu sajalah. Nasiblah aku ni tak de kerja di mana mana, tak lah kisah sangat. Bagi mereka yang bekerja, terpaksalah bercuti. Yang balik kampung terpaksa balik semula ke Felda. Kerana peluang ini hanya di buka hari ni dan esok saja. Kalau terlepas ini maka terlepaslah sepenuhnya, tidak ada ulang tayang.
  
  Alhamdulillah, aku termasuk juga dalam gulungan yang tiada masalah untuk menandatangani borang ini. Segalanya berjalan lancar. Semuga apa yang di harapkan, perkara ini akan benar benar menguntungkan dan tidak mendatangkan masalah lain kepada peneroka. Peneroka sekarang bukan macam dulu dulu, semua nak ikut kata Felda, tapi peneroka sekarang dah bijak bijak. Lebih bijak lagi kalau mengutuk, mempersenda dan meleceh lecehkan Felda. Mintak mintak janganlah aku begitu. Aku benar benar bersyukur dan berterima kasih kepada Felda yang terlalu banyak berjasa pada peneroka dan negara. 

Jumaat, 1 Jun 2012

Ambil buku Akaun AmBank.



    Jumaat, 01 Jun 2012. jam 9.45pg ketua blok datang kerumah ku bagitau datang kepejabat jam 10 pagi ini ada pegawai Ambank di sana. Aku bertanya apahal nya, entah dia pun tak tau. Tepat pukul 10 aku pun pergilah ke pejabat SH04. di sabuah khemah kat luar homestay sahaja pegawai2 bank itu berada. Orang punyalah ramai. Rupa rupanya hari ini Cuma nak membagi buku akaun masing2 yang di buat tempohari. Kalau tengok macamtu punya kerja bila nak sudah, sorang2 bagi IC, pegawai tu cari buku tersebut dari ribuan buku yang ada. Mana tak ramainya, SH 01 hingga 07 di kumpul setempat di situ. Sebabnya tidak ada alamat pada tiap2 buku akaun masing2. yg ada nama, no IC dan no akaun sahaja. Kalau ada alamat kan bagus, boleh di agihkan ke tiap tiap rancangan. Mana tak pening kepala  mencarinya.
    Adalah seorang hamba Allah yang iklas menolong memanggil nama pada buku yang ada itu, bermula dengan huruf A, akhirnya terpanggilah nama aku. Apa lagi segeralah aku mengambil buku itu dan menandatangi untuk mengambilnya. Alhamdulillah, selesai urusan aku. Dengar khabarnya sampai petang pun masih belum selesai, masih ramai yang tak dapat buku. Yang ada buku tak ada pulak orangnya. Entahlah.....