Sabtu, 23 Jun 2012. hari ni ada
lagi beberapa orang buat kenduri. Kenduri kahwin, kenduri potong jambul,
kenduri bertunang, macam2 kenduri. Tapi hari ni aku pergi Cuma 1 tempat ia itu
yang buat kenduri kahwin. Se awal jam 7.30 pagi lagi aku sudah ke sana untuk
rewang, mencincang daging lembu dan sebagainya. Macamtu lah kalau jiran dekat
yang buat kenduri, kenalah turun rewang. Kalau yang jauh2 tu lain lah, kita
Cuma datang jemputan makan sahaja. Nak balik sahaja cuma salam keruk, dah
selesai. Kenduri dekat ni kita lah kena jadi orang pangkal, menyediakan itu dan
ini, sampai lah majlis selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan