Rabu, 06 Jun 2012. hari ini aku
sendiri pergi ke Klinik Gigi B S Jempol. Sebab bini aku juga kena pergi ke klinik
depan untuk membuka jahitan tangannya. Dan dia boleh saja pergi sendiri naik
moto. Sesampai saja aku di klinik gigi, aku terus masuk dan buat pendaftaran dengan bayaran rm1.00.
Tunggulah macam biasa, dah di panggil masuk ke bilik rawatan. Kali ini aku
cabut gigi geraham depan kanan sebelah bawah. Gigi tu pun dah goyang juga. Kali
ini terasa agak sakit sedikit ketika doktor mencabutnya. Doktor suruh lembutkan
badan supaya tak sakit, macammana nak lembutkan badan kalau terasa sakit, tahan
jee lah. Lagi pun masa yang di biarkan selepas di injek terlalu singkat
(sekejap), rasanya belum terasa kebas dah di cabutnya. Tak pee lah, masih boleh
di tahan. Lagi pun doktor dah biasa dengan kerja dia. Rasanya tak de kut orang
yang mati kerana mencabut gigi.
Tak sampai 5 minit aku rehat,
trus saja memandu pulang ke rumah, malas nak singgah di mana mana. Sepanjang
perjalanan dan dah sampai di rumah, baru terasa kebasnya. Terasa masih tebal
sebahagian bibir dan pipi. Alhamdulillah... selamat sudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan