Selasa, 26 Jun 2012, jam 3 petang
ini bermula gotong royong bagi membersihkan kawasan luar dan dalam bangunan
Balai Raya SH04. Balai raya itu baru siap di perbaharui dengan tembok depan dan
pagar keliling bangunan, baru di tampal tiles keseluruhan lantai dalamnya dan
baru di cat semula. Oleh kerana macam tak de kerja nak ku buat, aku baliklah
sekejap untuk mengambil mesin rumput dan beli minyak petrol sekali. Aku pun
mesinlah sorang sorang kawasan belakang. Yang lain berkemas luar dan dalam.
Yang mengecewakan nya, semua sekampung SH04 di jemput hadir bergotong royong,
namun yang datang tak sampai 30 orang. Kemana diaorang semua, sibuk sangat ke
sampai tak ada masa nak menjenguk barang sekejap pun. Gitulah kalau di sebut
gotong royong, kebanyakannya malas nak datang. Walaubagaimana pun syukur
alhamdulillah juga, masih ada yang sudi meluangkan masa. Terima kasih lah pada
semua yang hadir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan