Sabtu, 31 Disember 2011

Anak2 balik bercuti.



      Sabtu, 31 Disember 2011, Hari ini ada lagi kenduri orang kahwin, boleh di kata tiap2 minggu ada sahaja. Malam tadi pun tuan rumah tu dah mulakan dengan kenduri bacaan yasin dan tahlil untuk keluarga beliau. Cuma tak ada bersanding malam sahaja. Dah di jemput tak sedap pula tak pergi. Kebetulan pula malam tadi anak no 2 nak balik, mintak jemput kat Bahau, bincang2 dengan isteri, nak jee dia pergi menjemput ke Bahau dgn anak bungsu. Baik juga dia ada lesen dan boleh memandu, senang juga aku. Satu hal juga malam tadi adanya Forom Perdana di Sh 06. dah pergi kenduri tak dapatlah ke forom perdana sebab masa yang sama. Tak pee lah, buat jee lah mana yang lebih perlu. Baru 5 minit aku sampai ke rumah, anak dan isteri ku juga sampai. Di belinya pula ayam KFC, aduhai... mana lah nak larat makan lagi, rasa jee lah sikit. Kat kenduri tadi dah makan nasi lauk kari kambing dan rendang kacang+dalaman ayam, dah cukup kenyangnya makan.
      Petang ni sorang lagi anak nak balik, pun nak kena jemput kat Bahau, tengoklah nanti siapa yang menjemput, ikut rasa aku malas jee. Kalau isteri nak pergi jemput sendiri atau berteman anak biarlah dia pergi. Aku lebih senang duduk di rumah saja.

Khamis, 29 Disember 2011

Kemuncak dan Peresmian Hari Ibu



     Khamis, 29 Disember 2011. pagi ini adalah merupakan kemuncak HARI IBU anjuran UMNO, Wanita Dan Belia Serting Hilir 04. acara hari ini ialah pertandingan masakan, gubahan kain dan gubahan buah buahan tempatan dari ibu ibu. Kesemua nya sudah di siapkan dari rumah hanya di hantar ke meja pertandingan untuk di adili. Manakala pertandingan memasak secara live pula di sertai oleh belia/beliawanis. Belia memasak nasi goreng, manakala beliawanis pula memasak mee goreng. Seronok juga melihat budak2 ni memasak, pandai2 semuanya. Selain itu ada juga di adakan pemereksaan kesihatan, sempat juga aku meluangkan masa. Tekanan darah OK 110/80 dan Kandungan gula dalam darah Cuma 5.4 sahaja. Ok sesangatlah tu.
     Bertimbun hadiah2 yang di berikan hari ini. Hadiah pemenang2 sukan semalam, hadiah pertandingan masak memasak, gubahan gubahan, sampai ke perengkat penyertaan pun dapat hadiah saguhati. Juga di sampaikan hadiah2 untuk ibu2 yang mengajar al Quran, ibu2 yg menjaga anak2 kurang upaya, ketua2 blok Wanita GPW. Juga hadiah untuk Ibu Mithali. Acara kemuncak ialah memotong Kek bersama sama ibu ibu semua. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
     Peresmian di sampaikan oleh YB kita, Dato’ Hj Lillah Yasin, ketua UMNO Jempol merangkap Ahli Parlimen Jempol. Banyak nasihat berguna di sampaikan beliau, lebih2 lagi dah hampir pilihan raya ni, banyak isu isu kebaikan kerajaan di sampaikan beliau untuk menarik undi. Pada aku tentu lah tiada plihan lain, dari dulu, kini dan selamanya. Aku tak nampak pun kelemahan BN. Apa lagi yang kita mahukan. Negara aman, damai, kaya, berwawasan, tentu semua itu menyenangkan rakyatnya. Hidup UMNO..HIdup BARISAN NASIONAL. 

Rabu, 28 Disember 2011

Bonos Intensif Felda


     Rabu, 28 Disember 2011, petang ini tadi Felda telah mengeluarkan Bonos tahunannya ia itu apa yang di sebut Bonos Intensif. Bonos ini bergantung kepada banyaknya hasil yang di keluarkan dalam tahun ini dan di jual pada kilang2 Felda. Banyak hasil, banyaklah Bonos. Had Maksimam yang Felda beri ialah RM1200.00. Bagi Blok 04 tahun ini Cuma RM800.00 sahaja. Alhamdulillah juga. Ini di sebabkan hasil sawit yang sudah menurun. Pokok yang sudah terlalu tua, tahun depan sudah mula di tebang. Lagi pun untuk tahun ini sawit itu sudah tidak di bubuh baja lagi. Bagi peneroka2 Felda yang menanam semula bersama felda, mereka mendapat bonos penoh. Manakala bagi mereka yang keluar pada Felda, atau menanam sendiri ladang mereka, mereka ini tidak mendapat apa apa bonos dari Felda.
      Jadi ingat2 lah kawan2 semua, tak ada ruginya kita bersama Felda ini. Segala keperluan dan kemudahan di sediakan oleh Felda. Kalau dah tanam semula nanti Felda akan sediakan kos sarahidup untuk tempoh 3 tahun. Tak perlu kita keluarkan modal walau se sen pun nanti. Walau pun kita berhutang dengan Felda, kita tak perlu risau, Felda tak kan mintak duit kocek kita untuk membayar hutang. Semuanya akan di bayar balik oleh sawit2 yang di tanam oleh Felda itu nanti. Bahkan kita akan menerima lagi duit hasil pokok itu nanti sekiranya titik pulang modal sudah pun bermula. Insyaallah........

Hari Ibu (F) SH-04



     Rabu, 28 Disember 2011, hari ini bermula nya program HARI IBU anjuran wanita dan Belia UMNO SH 04 yang di adakan di padang dan bangunan Balai Raya SH 04. acara pagi tadi di mulakan dengan acara sukan Sepak Penalti Gawang Putsal oleh ibu2 penduduk di sini. Seronok juga melihatnya, berbagai gaya mereka lakukan hingga ada menghiburkan hati penonton. Acara nya terdiri dari satu kumpulan 3 orang, ia itu 2 ibu dan seorang anak perempuan setiap blok. Setiap ahli perlu menyepak 3 kali dan di jaga oleh seorang penjaga gol lawan. Nampak senang, tapi sukar juga bagi mereka, lebih2 lagi bagi mereka yang tak pernah menendang bola. Kelakar di buatnya.
     Sebelah petang tadi di sambung dengan acara Putsal oleh belia lelaki dan acara Petanqe bagi kaum wanita. Alhamdulillah, cuaca pun baik, semuanya dapat berjalan dengan lancar dan menghiburkan. Itu lah yang kita hendak, seronok2 di hujung tahun.

Isnin, 26 Disember 2011

Program Jalan Kaki 10,000 langkah



     Selasa, 27 Disember 2011, pagi ini sempat aku meluangkan masa untuk bersama menyertai Program memulakan langkah untuk berjalan 10.000 langkah yang di anjurkan oleh Kementerian Kesihatan. Di bawah kelolaan Kemas yang bertempat di Serting Hilir Satu. Tujuannya tidak lain adalah untuk kesihatan. Lebih2 lagi kita yang sudah menjadi warga emas ini, berjalan adalah salah satu cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Berjalan bukannya susah, Cuma nak memulakannya nya saja yang selalunya malas. Hari ini merupakan langkah permulaan bagi ku, insyaalah akan aku teruskan di hari hari mendatang. Ini juga merupakan azam baru ku untuk tahun 2012.
      Alhamdulillah... permulaan perjalanan sudah pun selesai, Cuma aku sedikit terkilan, kenapa amat kurang penyertaan dari kaum lelaki. Tapi tak mengapa, munkin mereka ramai yang masih bekerja, lain lah aku dah pencen. Selain itu ada juga acara2 lain yang di adakan ia itu pertandingan Jahitan dan permainan Tradisional. Pada aku cukuplah menyertai jalan kaki tersebut. Majlis akan bersambung di sebelah petang yang mana ianya akan di resmikan oleh YB Dato Hj Lillah Yasin, ahli Parlimen Jempol kita. 

Sabtu, 24 Disember 2011

Jemput Nana balik cuti.

     Senja semalam aku dan isteri terpaksalah ke pekan Bahau. Walaupun keadaan hari hujan, kena pergi juga. Anak aku dah telepon nak balik juga katanya. Kalau tak di jemput macammana, mana pula dia nak bali ke rumah, Mana ada bas lagi yang masuk dah malam2 ni. mau tak mau terpaksalah tunggu. Baik juga ada kereta sendiri, kalau tak pening juga kepala di buat nya. Lagi pun anak ku tu dah tahu, ayah ibu mesti boleh jemput, tu pasal dia berani balik walau pun dah malam hari.
     Tungu punya tunggu dah 5 bas rasanya sampai, tapi tak nampak2 kelibat anak aku, cuba telefon dia, tanya kat mana, entah katanya tak nampak...gelap saja. Aduhai..... nak buat cam nee tunggu jee lah. Tepat pukul 10.00 malam baru dia sampai. lega rasanya. Alhamdulillah. Yang di tunggu dah pun tiba. Baik juga nak balik kerumah hujan dah reda. Aku ni bukannya nampak sangat memandu di waktu malam2 ni, lebih2 lagi kalau hari hujan. Baik juga bini aku boleh memandu.... dia sajalah yang driver sampai ke rumah.

Jumaat, 23 Disember 2011

Pendahuluan dan Caruman anak Sekolah.


      Jumaat, 23 Disember 2011; petang ini juga aku ke pejabat untuk mengambil duit pendahuluan dari Felda. Oleh kerana hasil sawit yang sudah amat berkurangan, maka duit pendahuluan yang di terima juga sedikit. Beginilah hidup di tanah Felda ni, bergantung pada hasil sawit. Itu sebab kita kena beringat selalu, simpan2 semaja pendapatan lebih. Tiga, empat bulan lepas pendapatan Felda memang agak lumayan, ribu2 hasilnya, kalah gaji pengurus. Pendahuluan Felda pun di beri hingga rm800.00. patut masa tu laa nak simpan, jangan di habis2kan pada bulan itu. Dah kini hasil berkurangan, ramai pula yang mengeluh, pandapatan tinggal sikit, mana nak belanja, nak bayar kereta, bayar bil, anak nak sekolah dan macam2 keperluan. Bagi aku biasa sajalah, banyak kee, sikit kee yang aku dapat, macam tu juga cara hidup aku. Aku tak pernah boros dalam belanja, biasa2 sahaja.
      Baik juga blok 4 ada membuat caruman untuk anak2 sekolah. Dari awal tahun, ketua blok sudah mula memotong pendapatan peneroka rm100.00 atau 200.00 tiap2 bulan, atau paling kurang rm50.00 sebulan. Alhamdulillah, hari ini aku menerima RM750.00, tak terasa pun masa di potong dulu, tau tau dah terkumpul sebanyak tu. Senang sangat lah esok aku nak membeli keperluan anak sekolah ku. Syukur Alhamdulillah..........

Dapat duit RM100.00

      Jumaat, 23 Disember 2011: Hari ini juga baru anak ku itu mengambil duit RM100.00 yang di berikan oleh Kerajaan pada setiap murid2 untuk tahun ini. Sebenarnya duit itu sudah pun di keluarkan pada penghujung persekolahan hari tu. Oleh sebab di hari penyerahan dulu, anak tu tiada, dia menyertai Kem selama 3 hari, maka dia belum mendapatnya. Dah balik ke sekolah, tinggal 2 hari persekolahan, tak sempat dan tak  dapat menemui cikgu yang membuat penyerahan itu. Seterusnya cuti akhir tahun bermula. Sehinggalah hari ini baru dapat datang semula ke sekolah tersebut. Ingatkan dah tak dapat lagi, cuba cuba tanya, Alhamdulillah...... ada lagi rezeki anak ku itu. Suka sangatlah dia. Balik saja dari sekolah, terus ke B Seri Jempol, dapatlah anak ku membeli 2 helai kemeja putih baru untuk sekolah tahun depan. Nak beli kasut, tak ada pula yang berkenan di hatinya...esok sajalah pergi ke pekan Bahau, di sana lebih banyak pilihan. Apa apa pun aku sangat2 berterima kasih pada kerajaan Malaysia yang begitu perihatin kepada rakyatnya, membantu meringankan keperluan perbelanjaan sebegini. Dan pastinya aku tidak lupa Bersyukur kepada ALLAH, di atas rezeki dan segala nikmat yang di berikan NYA. 

Mohon pindah Sekolah.

     Jumaat, 23 Disember 2011; Hari ini juga anak ku meminta borang untuk pindah ke sekolah asalnya di SMKSHK. Pada aku tidak menghalang, kemana pun dia nak sekolah, akan aku turutkan, asalkan hendak sekolah. Dah habis sekolah esok biarlah jadi orang berguna, jangan jadi sampah masyarakat, hidup menyusahkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain, jauhkan lah perkara itu. Berbalik kisah pindah tadi, setelah siap isi borang dan di tandatangani oleh Pengetua SMKLB, di suruh oleh kerani itu ke pejabat Pelajaran di bandar Seri Jempol untuk mendapatkan kelulusan dan pengesahan. Alhamdulillah, siap sudah segala urusan. Tinggal nak serahkan saja satu borang permohonan itu ke SMKSHK. Tahun depan ni nampaknya tak de lah ibu dan ayahnya tinggal berdua saja lagi di rumah, dia dah duduk di rumah saja, sekolah dah tak jauh. Kalau tidak tiap2 minggu kena jengok atau jemput dan hantar dia balik ke asrama.

Keputusan PMR Shafiq.

     Jumaat, 23 Disember 2011, Semalam lagi (Khamis) dah keluar keputusan pepereksaan PMR. Di sebabkan hujan seharian semalam, malas aku nak bawa anak ku tengok semalam. Jadi pagi tadi baru aku pergi membawa anak aku ke SMKLB. Alhamdulillah, lulus juga semua mata pelajaran yang di ambilnya, walaupun tak ada dapat A, OK juga tak ada yang gagal. Mengikut statistik PMR tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas, ramai yang memperolihi kesemua A. Tahniah lah di ucapkan. Kelulusan PMR ini membawa cabang ke arah mana anak2 kita nak meneruskan pengajiannya, demi untuk mencapai cita citanya. Tahniah dan syabas sekali pada yang berjaya. Yang kurang berjaya, jangan putus asa, masih ada ruang untuk anak2 menghadapi satu lagi ujian yang lebih penting ia itu SPM. Berusahalah sungguh2 untuk mencapai kejayaan. Kalau tak berjaya sekali pun dalam pepereksaan ini, masih ada juga ruang, anak2 boleh mengambil kursus2 kemahiran yang begitu banyak di sediakan oleh kerajaan kita. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Berusaha itu tangga kejayaan. Selamat maju jaya.

Khamis, 22 Disember 2011

Hujan sepanjang hari.

     Hari ni Khamis, 22 Dec, hujan merenyai mulai turun dari tengah malam lagi. Sehingga cacatan ini di di taip jam 6.30 ptg, hari masih hujan tanpa henti sepanjang hari ini. Cuma ianya tidak lebat, kata orang hujan banjir. Alhamdulillah di tempat kediaman ku ini tidak pernah berlaku banjir, munkin di tanah tinggi, lagi pun pembangunannya sudah di rancang dengan rapi oleh Felda untuk membuat penempatan. Bulan Dec ini musim hujan, banyak negeri2 lain sudah di naiki banjir.  Banjir di johor, sudah ramai yang di pindahkan ke pusat pemindahan. Nak buat macammana, itu sudah kehendak Ilahi. Sama2lah kita mensyukuri dengan segala apa jua yang di berikannya. Di sebalik apa jua musibah pasti ada hikmahnya. Munkin hanya kita sebagai manusia, selalu lalai dan leka, tidak menyedari betapa besarnya kuasa Allah yang menghendaki sesuatu berlaku itu ada hikmah atau keperluan sesuatu yang lainnya. Bersyukur dan terus bersyukur lah kita kepada Allah....nescaya kita akan mendapat keberkatan dari NYA.

Cek Tekanan Darah tinggi.

     Rabu, 21 Dec; aku ke klinik depan, memang jadualnya sudah sampai untuk setiap 3 bulan sekali. Pertamanya bertimbang dulu, naik lagi 1 kilo, betambah lagi berat badan. Kemudian cek tekanan darah, naik juga sikit. Dah hati mulai risau. Kata doktor tak apa, ini paras biasa lagi, yang penting makan ubat mengikut dos yang di tetapkan. Kenaikan tekanan darah ini munkin di sebabkan salah aku juga, balik kampung 4 hari, makan tak berpantang langsung, semuanya di balun, berselera saja. Apa tak nya ada lauk ikan Wadi, lauk tradisi orang2 banjar, di tambah dengan makan2 yang berlemak tinggi. Dah tu tak ada apa apa kerja yang di buat, makan, tidur dan mengadap laktop saja. Tak ada apa aktiviti langsung, mana darah tu tak naik. Begitu juga berat badan bertambah naik...makan banyak, kerja kurang. 
      Walaubagaimana pun aku tetap mengharap pada Ilahi, agar senantiasa berkeadaan sihat di sepanjang kehidupan yang sementara ini. Aku juga memohon pada ilahi, tunjukkan lah aku jalan bagaimana memperbaiki keadaan diri ini, turunkan berat badan ke paras biasa, jauhkan dari segala apa jua jenis penyakit. Berikan lah kesihatan di sepanjang kehidupan ku, seboleh2nya aku mau hidup dengan tidak menyusahkan orang lain. Amin......

Balik semula ke Negeri Sembilan

     Selasa, 20 Dec; jam 9.00pg kami mula bergerak arah balik ke Negeri Sembilan. Sebenarnya dalam hal jalan ni bukanya lah aku tahu sangat, selalu pelupa, lagi pun jarang2 balik kampung. Cuma bertawakal dan berserah saja pada Ilahi. Masih tak berapa ingat lagi, mana satu jalan yang perlu di lalui, lebih2 lagi sewaktu melintasi bandaraya Kuala Lumpur tu. Baik juga banyak terdapat papan tanda yang menunjukkan arah perjalanan. Memandu jee lah dengan penuh hati2 agar tidak terlepas atau tersalah lorong. Kalau dah tersalah masuk, memang payah lah jawapnya nak keluar semula, terpaksalah terus ke depan sehinggalah jumpa jalan keluar. 
      Alhamdulillah, perjalanan kali ini agak lancar, Cuma ada sikit kesilapan kecil, biasalah tu bagi orang2 seperti aku ini. Yang penting jangan sesat dan sampai ke destinasi yang nak di tuju. Lagi satu kenderaan perlulah berkeadaan baik dan minyak yang mencukupi. Pukul 12.30tg baru sampai hentian rehat Seremban, rehat sebentar. Hampir pukul 2.00ptg baru sampai ke Bahau. Rehat lah dulu di pekan bahau untuk makan dan berbelanja sikit2. Pukul 3.30ptg baru sampai ke rumah. Ini bererti  6.30 jam masa yang di perlukan dalam perjalanan tersebut. Ye lah, memandu pun tak laju, banyak pula berhenti. Kat Bahau je pun hampir 1 jam berhenti. Kalau orang muda yang memandu, kemudian tak de berhenti2 rehat, insyaalah 4.30 jam saja masa di perlukan untuk sampai. Walaubagaimana pun aku tetap bersyukur, biar lambat tak pee,,, asalkan selamat dan sampai juga.

Kenduri 100 hari.

   Ahad 18 Dec; Kami ke kampong Tebuk Brihun Sabak Bernam. Kenduri 100 hari arwah abang long. Masa arwah meninggal dulu, kira2 2 minggu lepas raya puasa, aku tak dapat balik di sebabkan beberapa masyaalah yang tak dapat di elakkan. Tapi pada hari raya tu ada balik dan sempat bertemu arwah. Masa tu pun dia dah sakit, tenat juga. Dah tak boleh bangun sendiri, namun apakan daya kita. Tuhan lebih menyayanginya, di segerakan NYA meninggalkan kita. Walau apa pun kami tetap mendoakan kesejahteran nya dan di ampuni segala dosa dosanya. Kini dah lebih 100 hari dia pergi buat selama lamanya, semuga rohnya di cucuri rahmat dan di gulungkan ke dalam orang orang yang beriman. Dan dapat menikmati syurga yang ALLAH swt telah janjikan. Amin…… 

Balik kampung Selangor.

    Jumaat, 16 Dec, Jam 9.00pg aku memulakan perjalanan balik ke kampong. Pukul 11.00pg baru sampai Hentian Rehat Seremban. Rehat untuk membuang air kecil sahaja. Malas nak pergi minum. Lebih kurang 15 minit rehat aku meneruskan perjalanan melalui lebuhraya. Alhamdulillah, perjalanan pun lancar tidak sesibuk seperti nak hari raya. Pukul 12.30 tg baru sampai ke rumah anak ku di Kapar Selangor. Rehatlah di situ dan makan bekalan nasi lemak yang di bawa dari rumah. Kononnya nak makan dalam perjalanan tadi, tapi rasa tak lapar pun, perjalanan ok jee hinggalah sampai. Aku memandu pun tidak laju, biasa2 saja. Kata orang apa nak di kejar pun, pandu pelan2 dan hati2 sampai juga. Sempat juga aku melelapkan mata di rumah anak ku itu.
    Pukul 3.00ptg aku meneruskan perjalanan, terus sahaja tak ada singgah mana mana lagi. Kali ini kereta ku jadi padat, anak dan cucu ku ikut sekali, mana lagi barang keperluan bayi semuanya nak di sumbat sama. Dari rumah pun lagi dah macam2 aku bawa, rambutan, durian, manggis dan pakaian. Dari rumah Cuma 3 orang, aku isteri dan sorang anak, kini dah jadi 5 orang, maunya tak padat. Alhamdulillah pukul4.45 sampailah ke parit 11 kerumah orang tua ku. 

Jumaat, 16 Disember 2011

Selamat sampai di kpg Sg Besar.

    Alhamdulilah, selamat sudah sampai ke distinasi. aku benar2 bersyukur terhadap ALLAH swt yang memberi pertolongan dalam perjalaanan ku sehingga selamat sampai menemui ibu ku di kampung. Dapat juga jumpa adik2, ipar duai, anak2 buah dan menyaksikan keindahan sawah padi tempat asal aku di lahir dan di besarkan. Seronok rasanya sekali2 dapat balik berjumpa keluarga begini, makan sama2 memang menyelirakan.
     Mula mula sampai agak terperanjat juga melihat rumah orang tua yang dah tiada (dah di robohkan). Rupanya seminggu lagi katanya nak mendapat rumah baru, bantuan sepenuhnya dari Kerajaan. Singgah pula ke rumah adik bungsu, rumahnya pula sedang di ubah suai, sedang di tampal muzic baru, tak dapat lah nak bermalam di situ. Baik jugalah ada satu lagi rumah adik ku di tapak yang sama, dapatlah berkumpul di situ bersamaa ibu yang tersayang.

Rabu, 14 Disember 2011

Sawit makin merundum

     Sejak akhir2 ini hasil buah sawit amat berkurangan. Memang patut pun, pokok sawit tu dah tua, dah patut di tebang dan di tanam semula. Jangka nya mulai tahun depan tebang lah, cuma bulan nya  belum pasti. Kini Felda telah pun memulakan membuat tapak semaian dan menanam anak2 benih sawit. Mulai awal tahun tadi sawit yang tua tu dah tak di bubuh baja lagi, itu sebab lah buah nya amat berkurangan.
     Dalam keadaan begini, tentunya keperluan kehidupan makin terjejas, di tambah pula dengan kurang nya kerja yang ada di Felda ini. Mau tak mau keluar saja sedikit demi sedikit simpanan yang ada, buat masa ini nak masuk semula.... entah lah, mana datang nya duit, kalau tak ada hasil sawit dan tak ada kerja.
      Sebab itu lah duduk kat Felda ni kena beringat daripada awal lagi, masa pendapatan banyak, jangan di habis2kan, simpan lah sebahagian daripadanya, tak kiralah di mana2, asal jangan simpan kat bawah tilam atau sekadar dalam almari saja. Nanti senang sangat nak menganbilnya, atau lebih malang kalau duit itu mudah di curi orang, kan susah sendiri. Ada baiknya buatlah pelaburan di dalam KPF, buat potongan tetap, tinggi dividen nya, atau melabur di ASB. atau simpan di Tabung Haji atau di mana2 bank yang kita suka. Simpan di bank selamat, boleh buat kad cucuk, nak keluarkan duit atau shoping senang, cucukan saja kad, yang penting ada isi hak kita di dalam nya. Sama2 lah kita ingat mengingati.....wallahualam.

Selasa, 13 Disember 2011

Mesin rumput lagi

     Musim hujan rumput pun cepat panjang. Belum sebulan dah nak kena tebas lagi, kalau tak macam rumah yang tiada penghuni. Tangan aku pula cukup lengoh hari ni, entah kenapa, banyak angin agaknya. Hari ini aku cuma buat bahagian belakang saja dulu, esok sambung bahagian halaman dan tepi jalan, jadi kuranglah letih.
     Semalam, Shafiq yang guna mesin rumput, memesin rumput jiran sebelah dengan kawannya, seharian juga Shafiq memesin, yee lah baru belajar, letih juga katanya, sebab mesin tu berat. Alhamdulillh, boleh juga dia memesin, kata orang kalau tak ada tempoh pengalaman, tak kan jadi pandai. Jadi belajar2 lah dari sekarang.
      Alhamdulillah juga, mesin tu dah lama menggunanya, dah lebih 20 tahun, tapi masih elok, masalalah sikit2 tu biasa lah, tapi tak pernah lah sampai tahap Overhall, Syukur alhamdulillah.......

Sabtu, 10 Disember 2011

Kenduri kahwin di musim hujan

      Dari awal pagi tadi hujan sudah turun membasahi bumi. Walau pun tak lebat tapi cukup tidak  selesa bagi mereka yang membuat kerja kenduri di hari bagini. Nak buat macamana, dah Takdir Ilahi, terima sajalah, bolih jadi ada rahmat di sebalik pemberianNya ini. Sehingga sekarang dah pukul 10.30am, hujan masih turun, belum ada tanda2 nak berhenti.
      Hari ini ada seorang jiran aku yang membuat kerja kenduri kahwin 2 pasang sekali gus. Dua dua anak perempuan nya. Besar kenduri nya. Harap2 menjelang tengahari nanti redalah hujan ini, dapatlah jemputan datang beramai ramai memeriahkannya. Hujan begini bukanya tak bolih datang, tapi adakalanya manusia ini jadi lupa, lupa atas nikmat yang di berikan nya. mereka bolih jadi malas nak datang, bolih jadi berfikir dua tiga kali, akhirnya tak datang juga. Bagi aku Insyaallah....sampailah menjelang tengahari nanti. Doa ku juga semuga segalanya berjalan lancar dan ramai jemputan yang akan hadir bersama nanti. Insyaallah.....

Gerhana Bulan

      Malam ini 10 Dec 2011 berlaku gerhana bulan. Bermula jam 10pm hingga 11pm. Tapi sayang cuaca gelap di selaputi awan mendung, maka di kawasan sini tidak dapat kelihatan. Yang nyata cuma gelap sahaja seluruh alam. Munkin di tempat tempat lain ianya boleh kelihatan.
       Umat islam disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana 2 rakaat di waktu begini. Begitulah kebesaran ALLAH yang boleh menentukan segala apa yang di kehendakinya. Hanya kita sahaja yang selalu melupakannya.

Khamis, 8 Disember 2011

Majlis Ceramah Maal Hijrah di Surau SH 04.

      Malam ini berlangsung satu lagi majlis tahunan ia itu Sambutan Maal hijrah. Biasalah setiap kali ada majlis sebegini di penuhi oleh ceramah yang berkaitan dengan majlis itu. Ceramah malam ini di sampaikan oleh Ustat Zulkarnain bin Hitam (Maahad Ahmadi). Ianya di mulakan sebaik selesai solat Magrib. Selesai ceramah, solat Isyak di ikuti dengan jamuan makan.
      Agak bagus juga cara penyampaian nya, mudah di fahami dan mengaitkan dengan kehidupan kita seharian. Di selangi pula dengan jenaka2 yang bersahaja, yang membena dan tidak jemu mendengarnya.
      Cuma yang agak mengecewakan ialah kehadiran ahli Qariah kita ini, kemana mereka, sibuk sangat ke, atau penat sangat ke, sampai tak ada masa untuk datang. Munkin juga begitu, kalau tidak tak kan mereka sengaja tak nak datang di majlis ilmu yang baik begini. Walaubagaimana pun aku tetap bersyukur, majlis telah pun berjalan dengan baik nya. Alhamdulillah........

Rabu, 7 Disember 2011

Musim rambutan (buah buahan)

      Tengok jee pokok rambutan tu dah rasa kenyang, apa tak nya meloyot buahnya dah masak2. Ada 5 pokok rambutan aku yang berbuah masak. Siapa nak makan banyak2 tu. Anak2 semua duk jauh jauh. Nak bagi orang pun, diaorang pun banyak rambutan. Nak jual tak reti pula rasanya, sebab kita ni bukan jenis orang yang suka berjual. Biarkan sajalah dulu. Harapkan aku nak makan banyak mana, gigi dah tak kuat, bukan macam muda2 dulu boleh makan berbakul bakul, kini nak makan se biji pun terkial kial.
       Durian pun dah mula jatuh, tapi sayang yang jatuh semuanya telah di rasa oleh tupai. Adalah seulas dua yang di tinggalkan-nya, nak buat cam nee, dah rezeki dia. Buah buah lain ada juga, manggis, tu haa dah nak mula masak juga, boleh tahan banyaknya. Nangka pun ada, hari tu masak yang besar hantar ke rumah cucu. Apa apa pun bersyukurlah selalu dengan buah buahan yang di berikan oleh ALLAH untuk makanan makluknya. Mudah mudahan ia akan terus berbuah untuk di masa masa akan datang.

Alih kedudukan set almari TV

     Dah bertahun tahun lamanya almari TV tu berada di situ, malam ni teragak pula nak ubah kedudukannya. Kali ini letak kat tepi tepi dinding tengah. OK juga, sedap juga mata memandang. Terasa macam duk kat rumah baru pula....cewah.  Berpeluh juga di buatnya, maklum lah TV lama 29in, besar. berat sungguh mengangkatnya. Lain lah TV zaman sekarang semuanya nipis nipis, dah tentu ringan.
     Bagi aku biarlah guna dulu TV tu, selagi ianya masih elok, tak perlu lah di tukar dengan yang baru. Lagi pun aku bukannnya gemar sangat tengok TV ni, kalau tengok pun biasanya bab berita saja. Bab cerita2 ni kurang sikit, bini aku je yang gemar. Aku lebih gemar mengadap komputer atau Laktop lagi daripada TV. Lagi pun kat rumah ni dah tinggal 3 orang, apa susahnya.

Isnin, 5 Disember 2011

Balik ke Negeri 9.

     Setelah 3 hari aku di Kapar, hari ni berangkatlah balik. Bab jalan ni memang pening sikit kepala, main redah jee sebenar nya. Jalan punya jalan akhirnya aku terlajak dari simpang yg sepatutnya aku masuk, Ini gara2 bini dan anak aku lah yang cakap terus jee ke depan. Haa dah terlajak nak buat cam nee, teruskan jee lah, bukannya boleh buat U turn sesuka hati. Hati semakin berdebar2 takut termasuk ke dalam pusat bandar, nanti makin pening macammana nak cari jalan keluar.
     Akhirnya terpandang simpang ke Kelana Jaya, aku cekalkan hati masuk jee ke situ, akhirnya terpandang papantanda Johor Baru.  Haa Lega sikit, dalam hati mula kata, bolih terus jalan ni, tak sesat kot. Aku pun isi minyak kat situ dan teruskan perjalanan ke Selatan, memandu dengan penoh perhatian, mesti lalu lorong arah ke bandar yang ada di selatan. kalau tak silap 3 kali bayar tol baru dapat jalan keluar lebuhraya Seremban.... Alhamdulillah leganya rasa. Sehinggalah sampai masuk ke Senawang dan berihat di Ulu Bendol. Sempat Shafiq mandi. Alhamdulllah... Tu lah pengalaman namanya.

Saudara sepupu buat kenduri kawen di KL

     Lebih sebulan lalu kad undangan sudah pun di hantar. Akhirnya hari Jumaat lepas tergeraklah hari ku untuk pergi ke rumah nya. Yang pertama aku tuju tentulah rumah anak cucu aku di Kapar, dan bermalam lah di rumah nya. Besok hari Sabtu baru lah pergi ketempat sepupu aku tu di Setiawangsa. Kalau tak ada menantu aku tu, tak munkin aku boleh sampai, sebab memang aku tak tahu langsung jalan2 di dalam KL ni. Alhamdulillah bertemu juga aku dengan saudara2 sepupu, adik beradik lainnya di sana.
     Menjelang tengahari kami pun meninggalkan majlis tersebut. Dan kami pergi pula ke Stadium Bukit Jalil. rupa nya ada JOM HEBOH. Tu lah pertama kali aku menjejakkan kaki ka stadium Bukit Jalil dan ke Karnival Jom Heboh, memang heboh dan bising para peniaga melariskan barangan jualan diskaun mereka. manusia berasak asak ramainya. Penat berjalan, itu pon tak sempat habis mengunjungi semuanya nya.