Sabtu, 09 Jun 2012. tiap tiap
sabtu atau minggu mesti ada orang buat kenduri. Hari ini jiran terdekat buat
kenduri bertunang. Munkin majlis langsung kahwinnya dalam tahun ini juga, ia
itu lepas raya nanti. Yee lah tu, dah sampai jodoh, tak kan nak tangguh
tangguh. Yang baik kita buatkan dan raikanlah bersama. Seawal jam 9.00 pagi aku
dah ke rumah jiran tu, buat buat dan tolong tolonglah apa yang patut.
Sehinggalah jam 11.30 pg majlis di mulakan dengan tahlil arwah. Tepat jam
12.00tg rombongan meminang pun sampai, apa lagi sedang eloklah kita
menyambutnya. Di ikuti dengan jamuan makan. Alhamdulillah.... selera saja
makan.
Jam 12.45 aku meninggalkan
kenduri jiran tu, menuju satu lagi majlis kenduri perkahwinan yang di adakan di
dewan terbuka F’Best Homestay. Kenduri di sini di adakan oleh pasangan
kakitangan Felda yang membuat majlis besar besaran bagi melangsungkan
perkahwinan 2 pasang anak mereka sekali gus. Wah meriah sungguh nampaknya.
Hidangan makanan pula di sediakan oleh ketering. Tapi sayang perut ku sudah
terasa terlalu kenyang, tak sanggup rasanya nak makan nasi lagi, jadi aku Cuma
makan/minum cencol sahaja lagi. Cukuplah tu, syukur alhamdulillah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan