Jumaat, 15 Jun 2012. badan aku
terasa tak berapa sehat hari ni. Cadang nak cabut gigi pun aku batalkan saja.
Pagi ni aku ke klinik depan saja, jumpa doktor kerajaaan dan minta ubat untuk
demam, selsema dan batuk. Alhamdulillah, di tambahnya lagi dengan ubat vitamin.
Sebenarnya aku ni jarang2 demam ni, dan jarang sekali pun pergi klinik.
Biasanya kalau demam sikit2 tu makan panadol yang ada kat rumah je. Kalau batuk
makanlah ubat batuk sedia ada saja. Hari ni teragak pulak aku ke klinik nak
minta ubat. Bukannya kena bayar pon, RM1.00 saja sebagai pendaftaran. Rawatan
dan ubat free saja. Di luar negara mana ada cam tu. Bagus sungguh kerajaan kita
ni.
Sebaik balik dari klinik aku dan
isteri ke BSJ pula. Yang tentunya ke pejabat pos nak bayar bil. Selain itu
isteri aku cuba tanya nak tukar stem bernilai rm60.00 dengan wang pos. Tapi
kerani pos itu tidak mahu. Maka terpaksa jugalah beli semula wang pos 3 keping
rm20.00=rm60.00, tujuannya untuk di sertakan dengan borang mohon KPF anak anak.
Tak pee lah nak buat cam nee. Lepas tu jalan2lah ke pasar tani kejap,, tak tau
apa yang nak ku beli, bini aku saja yang belanja sikit. Balik kerumah singgah
sekejap di pejabat SH04, serahkan wang pos tersebut. Alhamdulillah.....selesai masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan