Selasa, 19 Jun 2012, jam 7.15pg
ini aku dan isteri ke Kuala Pilah lagi. Baru sampai di hentian bas depan ada
seorang tua menunggu bas. Aku pun pelawa dia naik bersama, dia pun mahu naik
tumpangkan sampai ke pekan Bahau. Setelah bercerita, rupanya beliau adalah ayah
kepada seorang peneroka di sini juga. Aku kenal peneroka itu, selalu menjual
goreng pisang, kerepek, celdol dan ABC di sabuah gerai di sini. Sambil isteri
aku melayan cakap2 orang tua tu, hati ku mula berfikir, kenapa lah orang tua di
biarkan nak balik sendirian naik bas. Sedih aku mendengar ceritanya. Katanya
beliau ada 10 anak, 8 masih ada, tapi boleh di kata semua tidak memperdulikan
orang tua tu lagi. Termasuklah yang duduk di sini tu. Kedatangan dan pemergiannya
tidak di pedulikan. Apalah salahnya hantarkan orang tua nak balik, sekurang
kurangnya hantar sampai ke hentian bas. Ini tidak, di biarkan saja orang tua tu
balik sendiri berjalan kaki dan menumpang orang lain. Anak dia sendiri tidak
memperdulikan, tidak bertanya khabar pon, tidak menanya pun susah senang orang
tu, dan tidak memberi sedikit pun wang belanja. Kesian pula aku melihatnya.
Setahu aku peneroka (anak beliau) tu bukannya orang susah lagi, orang berniaga,
kereta besar, rumah pun besar, duit dah tentu banyak, kenapa sanggup membiarkan
orang tua tu hidup melarat sendirian.
Aku tanya lagi, hari ni nak
kemana tok. Katanya nak balik ke rumah kampung sendiri kat Melaka. Tinggal
sendirian saja di sana. Isteri beliau sudah lebih 4 tahun dulu meninggal. Nak
buat macammana, kata beliau kalau anak2 semua sudah tidak memperdulikannya
lagi. Banyak lagi cerita sedih yang diluahkan sepanjang perjalanan ke Bahau
itu. Aku pun tak terkata apa apa, melainkan kesedihan yang turut ku rasa. Aku
sangat2 berharap pada diri ku dan keluargaku sendiri, janganlah sampai keadaan
jadi begitu.
Berbalik kisah aku nak ke Kuala
Pilah ni tadi hanyalah temujanji doktor pakar yang ingin membuat terapi pada
tangan isteri yang kena buat pembedahan tempohari. Alhamdulillah, segalanya
berjalan lancar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan