Rabu, 29 Februari 2012

Mesyuarat Agung TADIKA-2012.



    Petang ini berlangsungnya mesyuarat agung tahunan Tadika Felda Serting Hilir 04 di Bangunan Tadika tersebut. Ianya akan di resmikan oleh Pengurus Rancangan Felda Serting Hilir 04 sendiri. Malas aku nak pergi. Isteri ku saja yang pergi cukuplah. Bagilah keutamaan kepada ibu bapa yang ada anak anak mereka bersekolah di situ. Ini kekadang ada anak pun belajar di tadika, tapi ibu bapa malas nak datang mesyuarat. Tak tau apa sebabnya. Malas aku nak komen. Lainlah macam aku ni, mana ada lagi anak sekolah Tadika. Tahun 2011 yang lepas aku di lantik juga sebagai AJK Tadika tersebut. Isteri aku juga di lantik. Nak buat apa sampai dua dua orang serumah di lantik, sedangkan tiada anak yang bersekolah di situ. Dah tak ada orang lain ke. Sepatut nya ibu bapa yang ada anak belajar di situlah yang layak di lantik, bukannya aku. Walaupun di lantik, namun sekali pun aku tak pernah datang mesyuarat AJK, memang malas aku nak datang. Tapi isteri aku ada juga lah datang. Cukuplah tu sorang wakil satu rumah.
     Mesyuarat Agung tahun ni (hari ini), juga malas aku nak datang. Biar lucut jawatan tersebut. Bagilah lain orang pula. Aku tak pegang jawatan bukan bererti aku tak sokong Tadika ni. Bukannya aku tak mau campur dalam hal2 tadika ni. Tapi biarlah lebih afdal kalau ibu bapa yang ada anak mereka belajar di situ menjadi AJK, sekali gus boleh merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa, guru dan murid2 tadika tersebut. Apa apa pun aku harapkan biarlah Tadika kita ini akan terus maju, terus berseri, terus berpenghuni dan terus mendapat perhatian dari semua penduduk setempat. Kalau dah tak ada anak anak kecil, cucu cucu pula boleh terus bersekolah di situ. Semuga ianya akan terus kekal menjadi warisan kita sebagai penduduk di Felda Serting Hilir 04 ini khasnya.

Ahad, 26 Februari 2012

Ikan Kaloi



    Sedang relek2 baca surat khabar, ketika balik jogging semalam, datang seorang kawan membawa sa ekor ikan kaloi. Aku tanya nak jual ke ikan ni. Tak katanya nak bagi saja. Alhamdulillah lah. Katanya dia ada dua ekor ikan kaloi, di kurung setempat asyik bergaduh saja. Memang yee pun dah terkopek sebahagian tepi sisiknya, kesian aku tengok ikan kaloi tu. Munkin bergaduh dengan yang sa ekor lagi, sebab yang sekor lagi tu katanya lagi besar dan lebih garang. Munkin kedua dua jantan kot, sebab tu lah dia bergaduh. Aku tanya lagi kenapa nak bagi aku, katanya kan awak yang hendak. Ehh bila pula aku cakap dengan dia. Bila ku ingat ingat sebelum ni aku ada bersembang dengan isteri kawan tu melalui facebook.  Ohhh baru aku ingat, sebenarnya aku cakap main main jee hendakkan ikan kaloi tu, rupanya betul betul dia bagi. Terima kasih lah banyak banyak.
    Apa lagi aku suruhlah kawan tu masukkan saja ke dalam kolam batu yang baru aku repair tu, bercampur dengan ikan talapia. Aku tanya lagi, tidak kah ia bergaduh lagi. Tak katanya, dia bergaduh sama sendiri saja, dengan ikan lain dia tak pe, baik saja berkawan. Memang yee pun, elok saja ikan ikan tu hidup bersama. Aku carikan sedikit kangkung di belakang paya sebagai makanannya. Menjelang petang ku lihat habis semua daun2 kangkung tu di makannya. Bukan saja kaloi yang makan, ikan talapia pun tibai sama, sampaikan tinggal batang saja kangkung di buatnya. Mintak mintak biarlah ikan kaloi tu hidup selesa di dalam kolam itu.

Jumaat, 24 Februari 2012

Kenduri potong jambul cucu kembar jiran.



    Macam sudah menjadi adat atau kebiasaan bagi orang2 di sini akan membuat kenduri potong jambul dan berendoi bagi anak2 mau pun cucu2 yang di lahirkan. Biasanya bagi baby2 yang baru berumur sebulan hingga 6 bulan. Majlis biasanya akan di mulakan dengan bacaan berzanzi dan marhaban oleh kumpulan GPW di sini. Semasa berdiri berselawat ke atas nabi kita Muhammad saw, baby itu akan di bawa keliling menemui semua yang hadir. Baby itu akan di basahkan kepalanya dengan air mawar kemudian di gunting sedikit rambutnya. Siapa yang buat begitu kenalah bagi hadiah RM, tak kiralah berapa iklas kepada baby itu. Dan hadiah biasanya akan di balas dengan bunga telor atau pun jajan2 sahaja. Tak kiralah mengikut kemahuan dan kemampuan tuan rumah nak bagi.
     Selepas majlis bercukur selesai, akan di sambung pula dengan majlis berendoi. Sekali lagi kumpulan GPW berselawat dan berlagu khas. Dan memasukkan baby ke dalam buai yang di hias indah dan di gantung di tengah rumah. Baby di hayun, di dodoikan perlahan sehinggalah tertidur. Kalau baby nak tidur lah, kalau tak tidur tak apa juga. Sehinggalah ke acara kemuncak dan penutup berendoi, pada hadirin dan kanak2 akan berebut gula2 dan jajan yang siap di gantungkan bersilang seli di dalam rumah tersebut. Begitu meriah sekali rasanya. Walau bagaimana pun ini semua bukanlah perkara yang di tuntut oleh ugama kita, hanya sekadar suka suka sebagai hiburan menjayakan majlis.
     Di akhir majis biasanya akan di adakan pula bacaan tahlil khas untuk ahli2 keluarga yang telah meninggal dunia. Ini di lakukan oleh kaum lelaki. Seterusnya jamuan makan di sediakan. Maka selesailah majlis. 

Khamis, 23 Februari 2012

Mesin rumput.



    Dari pagi semalam lagi aku dah mula memesin rumput. Dan sambung pagi ni menyiapkan sampai ke belakang paya. Itu lah kerja bulanan aku. Kerja tak bergaji, sebab kerja di rumah sendiri. Tapi baik juga buat sendiri dari pada nak upah orang lain yang buat. Kalau nak di nilai semua kawasan yang aku mesin tak kurang Rm60.00 upahnya, silap2 lebih lagi dari itu. Zaman sekarang bukan macam dulu, duit sekarang dah macam kecil nilai nya. Semalam aku mesin bahagian tepi rumah, halaman, tepi jalan, keliling stor blok 4, sebahagian kawasan atas bukit dan sebahagian belakang rumah. Dah letih pukul 11.00 pg berhentilah dulu, tak siap lagi. Semalam juga bini aku puasa, jadi tak dapat lah di menolong membersihkan nya. Hari ini aku sambung lagi siapkan belakang sampailah ke kawasan paya belakang rumah. Alhamdulillah...siap semuanya. Bini aku pula yang tak larat membersihkannya, baru bahagian depan, dah dekat tengahari. Aku pun nak tolong dah rasa letih, rehat je lah dulu.
     Cerita pasal mesin ni, cukup bagus injinnya. Tak pernah rosak teruk. Sikit2 tu biasa lah, ganti plug ok lah dia. Dah lama mesin tu, dah hampir 20 tahun. Masa awal2 dulu ada juga lah mengambil upah sikit2 menebas di tempat orang. Sejak ke belakangan ni dah malas dah, Cuma buat kawasan rumah sendiri sahaja. Mata yang aku gunakan pun mata tali tangsi sahaja. Sekeru kepala nya dah rosak, tak dapat di buka selalu. Jagi pakai mata tali tu, tak perlu buka2 lagi, pasang tali jee, stat lah mesin. Lagi pun cara itu lebih selamat. 


<Hanya gambar hiasan.

Selasa, 21 Februari 2012

Tampal simen kolam dah bocor.



      Sudah lama kolam tu di buat, dah lebih 12 tahun. Masih ada tarikh nya tercatit., ia itu mula di bena pada 23 Ogos 1999. dah banyak kali juga ia nya bocor, resap air. Al maklum lah ada tanaman besar di tepinya termasuklah rambutan. Akar nya telah menolak dan meretakkan kolam tersebut. Setiap kali bocor, maka di simen sajalah jawapnya. Kali ini aku simen cara menyeluruh. Habis lah setengah kampit simen dan sekereta sorong pasir. Harap harap lepas ni jangan lah bocor lagi.
    Dari dulu lagi hanya ikan talapia yang aku bela. Dah berapa banyak keturunannya aku pun tak tau. Yang pastinya aku tidak pernah lagi membeli anak2 benih ikan baru. Pada asal dahulu aku bubuh anak talapia merah, beberapa tahun kemudian aku tambah dengan anak talapia hitam yang aku minta pada kawan ku. Akhirnya anak yang di lahirkan berbelang belang merah campur hitam. Syok juga melihat nya, cantik berbelang belang. Tapi ada jua yang kekal merah dan kekal hitam. Lama kelamaan hinggalah kini, yang merah makin pupus, dah tak ada lagi yang merah mahu pun yang berbelang belang. Kesemuanya jadi hitam sahaja. Munkin juga sebab yang hitam tu lebih lasak dan lebih tahan hidup di air kolam begitu. Lagi pun adanya burung raja udang yang gemar mencuri anak anak ikan itu. Burung itu lebih gemar dan lebih nampak yang berwarna merah. Sebab itu lah yang merah makin pupus. Apa apa pun aku akan terus membelanya sampai bila bila. Setiap kali dah ada yang besar, maka akan ku tangkap di jadikan lauk. Sedap rasanya, tak ada rasa lumpur. Lagi pun makanan nya hanya bentuk pelet yang di beli di kedai. Tak pernah aku bagi makanan lain. Dan airnya pun perlu di ganti pada setiap antara sabulan hingaa dua bulan sekali. 

Sabtu, 18 Februari 2012

Shafiq ke Paroi lawan Futsal.



   Pukul 5 pagi dia dah bangun dan bersiap siap. Bukan main bersemangat lagi dia nak pergi main futsal, padahal dia tu belum senang dari sakit gigi. Tapi dah minat dan seronok punya pasal, tak kisah itu semua. Katanya sebelum pukul 6 pagi dah stat bergerak, 3 buah kereta. Dan mesti sampai sebelum pukul 7.30 pagi. Tak pee lah dah itu kehendaknya. Aku tidak lah melarang asalkan bertujuan yang baik baik. Dari pagi hingga sekarang, sudah jam 8.00 malam, tak de khabar beritanya, tak dee dia nak tepon2 ke. Aku pon tak dapat nak tepon sebab kredet dah tamat tempoh, tak pee lah asalkan mereka semua selamat. Tak tau lah menang kee kalah, maklumlah ni lawan futsal belia peringkat negeri, main kat Paroi Seremban, jauh juga tu. Mau 1 ½  jam lebih perjalanan naik kereta. Tadi pagi aku cuma bagi duit belanja rm10.00 saja.  Cukuplah tu untuk makan. Apa apa pon aku senantiasa mendoakan semuga semuanya selamat pergi dan selamat kembali. Menang kalah tu adat main lah. Kalau boleh biarlah menang yek.... baru lah gak Belia Serting Hilir 04 nih.

Jumaat, 17 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul di Surau SH 04.



   Semalam juga berlangsung majlis Sambutan Maulidul Rasul di Surau (F) Serting Hilir 04. Majlis juga bermula dari pagi, petang hingga lah ke malam. Sebelah pagi Cuma gorong royong berkemas kemas saja, aku pun tak sempat nak pergi, sebab ke sukaneka warga emas di klinik. Tak masuk apa apa acara pon aku ni, umur belum capai 60 tahun. Cuma sekadar suka2 datang meramaikan sambil tangkap gambar. Sebelah petang rewang cincang daging. Seekor lembu juga tumbang, aku pun tak pasti mana datangnya lembu tu, tak kan pehak surau nak beli sampai sa ekor, rasa2 nya ada lah yang menyumbang. Alhamdulillah lah muga bertambah murah rezeki mereka. Pukul 4.30 ptg, siap cincang aku pun beransur ke pejabat pula, nak ambil baki pendapatan Felda. Alhamdulillah....ada juga lagi rezeki. Dan terus ke kelinik depan. Kebetulan tengah berjalan acara penyampaian hadiah2 dan cendrahari. Tunggu juga kot2 ada cabutan bertuah...sampai habais tak nyangkut pun. Tak pee aku tak kisah pun tu semua.

    Sebelum magrib aku ke surau semula. Biasalah magrib mana nak ramai yang datang, tapi alhamdulillah jugalah lebih ramai lah dari yang biasa. Acara kemuncaknya biasalah setiap tahun di adakan ceramah berkaitanada. Penceramah undangan kali ini ialah ustat Shahhirin (Guru Takmir Jempol). Bagus juga cara penyampaian beliau, terang, jelas dan mudah di fahami. Selesai solat Isyak, biasalah, mesti ada jamuan makan. Menu makan malam ni, nasi putih dengan kari daging/tulang lembu, rendang kacang campur dalaman lembu, juga daging lembu masak kicap serta ikan masin penambah selera. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hinggalah siap berkemas. Ada pula bawa berkat balik. Alhamdulillah........

Sukaneka Warga Emas Klinik SHK.




   Acara ini sebenarnya ialah PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN & PERESMIAN KELAB WARGA EMAS, yang di anjurkan oleh panel penasihat klinik Serting Hilir Komplek’s. Ia nya telah pun berlangsung semalam dari pagi hinggalah ke sebelah petang acara penutupnya, yang mana telah di sempurnakan oleh YB Dato’ Hj Lilah bin Hj Yasin, Ahli Parlemen Jempol. Meriah sungguh bila melihat gelagat warga2 emas yang telah berusia 60 tahun bersukan. Tapi bukan nya sukan berat2, Cuma sukaneka rengan2 yang amat2 melucukan. Di antara acara yang di pertandingkan ialah acara bisik2, seorang ke seorang lain, sampai ke penamat pasti banyak jawapan yang berbeza dari asalnya. Acara lainnya, baling tin dengan buah kelapa, bawa air dalam sudu masukkan ke botol, lari baton dll. Acara kemuncaknya ialah semakin jauh semakin sayang. Ini yang lucunya. Pelbagai gaya warga emas menyambut belon yang berisi air, ada juga yang basah kuyup apabila belon itu pecah. Semua nya pasti melucukan dan menghiburkan. Selain acara sukan ada juga program atau acara lain di adakan, di antaranya pameran buku2 kesihatan. Ada teka gula gula. Ada sumbangan anak benih limau dengan bajanya sekali dari jabatan pertanian. Ada cabutan no bertuah, ada kempen derma darah dan sebagainya.
   Pada sebelah petang acara penutup, biasalah kalau panggil orang politik ni, tentu beliau akan berceramah dulu, tak banyak sikit, apa apa pun semua untuk kebaikan kita. Pada aku tidak ada lain kerajaan lain di dunia ini sebaik kerajaan Malaysia yang ada sekarang ni. Bersyukur sangat2 aku. Pilihan raya Umun ke 13 tak lama lagi, tu lah masing2 membuat pelbagai program sambil berkempen. 

Rabu, 15 Februari 2012

Nana ambil IC baru.


   Dah lama IC Nana tu siap, sekitar bulan nov tahun lepas. Tapi di sebabkan tiada dapat cuti di hari bekerja, tak dapat lah ambil IC itu. Minggu tadi Nana menambah cuti 2 hari lagi dan Nana baru ambil 2 hari lepas, ia itu pada hari Isnin 13 Feb. Semalam (Selasa) dia dah balik semula ke Bangi. Di hari Isnin tu juga Nana pertama kali keluarkan sedikit duit nya di AgroBank. Bukan untuk apa, Nana nak buka lagi satu akaun di BSN menggunakan kad Dibet Visa. Tak perlu buku lagi. Nak masukkan duit pun senang, guna mesin sahaja, bagitu juga nak keluarkan guna mesin juga. Dah ada kad tu senang, hari cuti pun boleh keluarkan duit. Bukan itu saja nak berbelanja pun senang, tak perlu bawa wang tunai, gunakan saja kad itu untuk pembayaran. Tapi kenalah pastikan kita ada duit di dalam akaun itu. Sebab itu bukan kad kredit. Itu kad dibet, ada duit simpanan di dalam nya boleh lah di keluarkan atau di gunakan untuk shoping di gedung2 tertentu.
    Pada minggu lepas Nana mengikut rombongan hari keluarga (Bos tempat kerjanya) ke Langkawi. Sempat juga dia shoping, beli set cawan, coklat2, minyak gamat dll. Cuma yang sedapnya dengar, waktu balik dari Langkawi, dompetnya tercicir di dalam bas. Itu pon tau setelah di telefon nya driver bas itu, kalau tidak dia pun tak tau di mana hilang nya. Masalahnya semua IC, lesen dan benda2 penting ada di dalam tu. Duit nya ada sikit je. Baik jugalah driver tu jujur sangat, di pulangkan nya setelah dua hari. Itu pun terpaksa ambil di tol, sewaktu dia meliwati lebuh raya ke Melaka. Abang amy yang tolong ambilkan. Alhamdulillah selamat, semuanya ada. Baru lah lega rasa di hati. Kalau tidah susah juga di buat nya, kena repot polis dan kena buat baru semuanya.

Jumaat, 10 Februari 2012

Gelang isteri ku hilang



     Sewaktu mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh tadi, baru isteriku sedar gelang di tangannya telah tiada, dia mengadu dan bertanya pada ku, apa yang boleh aku jawap melainkan tidak tahu. Selesai solat subuh kami berusahalah mencari di tempat tidur dan sekitar dalam rumah, namun hampa, dah tak nampak pun bayangnya. Mula lah isteriku terasa sedih dan gelisah. Itu lah satu satunya gelang mahal yang ada. Gelang peninggalan arwah emak nya dulu yang telah di tukar tambah lagi nilainya. Masa tu harganya pun rm1,200.00. namun kini harga emas yang dah melambung tinggi, munkin harganya dah lebih rm2,000.00. Puaslah isteri aku mengingat ingatkan di mana cicirnya dan menalifon kawan2nya kalau kalau ada yang terjumpa, namun semuanya hampa.
     Pagi tadi sempat lagi jogging dan singgah di tapak perpustakaan tu, mana tau kalau2 ada tercicir di situ. Sebab malam tadi hingga jam 12 tg malam isteri ku ada di situ mendengar ucapan Tan Sri Isa samad serta majlis ceramah Foram Perdana. Cuba juga bertanya pada jaga(rela) yang bertugas di situ, namun jawapannya juga menghampakan. Dah tak de lah tu. Kalau ye tercicir, munkin jua ada orang yang telah menjumpainya terlebih dahulu. Nak buat macammana. Kita pun tak berani nak tuduh sapa sapa. Dah nasib lah tu. Bersabar je lah. Memohon pada ALLAH, mana tau dapat semula barang itu di kembalikan kepada yang punya.

Beli baju Blok 04 (Wanita)



   Hari ini isteri aku dan kekawanya ke pekan Bahau untuk menunaikan Cek dan membeli kain baju seragam untuk ahli blok seramai 24 orang. Seronok sangat lah diaorang tu. Ketua Blok, blok 04 bagi lampu hijau dan bagi cek bernilai rm2,000.00 untuk tujuan tersebut. Sapa yang tak suka, dapat kain baju free, siap ada untuk tampong kos upah sekali. Dengar ceritanya sampai letih singgah tiap tiap kedai nak cari 24 pasang yang seragam, semuanya tak cukup kain, sampai tak tau mana kedai lagi nak singgah. Pening kepala di buatnya. Akhirnya mereka membuat keputusan belilah 2 colour, tapi hampir serupa lah. 14 pasang serupa untuk wanita melayu dan 10 pasang lagi untuk wanita india dan sorang cina tu. Baru boleh dapat. Pekan Bahau mana nak dapat kain banyak2 yg satu colour. Lain lah kalau beli di gedung2 besar bandar bandar besar, boleh lah dapat. Tapi bila masa pula mereka nak pergi.
    Setelah siap beli semua kain2 tu, siap klim duit minyak kereta, duit makan, ada lagi baki rm600.00 lebih. Duit tu cadang nak di bagi bagi pula sama rata sebagai upah menjahit kain baju tu. Tak kiralah cukup atau tidak untuk upahnya. Yang penting baki duit tu kena bagi sama rata 24 orang. Sebab itu duit Tabong Blok. Kalau pandai jahit sendiri, untung lah juga, duitnya tak kemana. Tapi kalau bagi upah orang lain jahitkan, kenalah bayar sendiri. Tak cukup duit upah tu kenalah keluar duit kocek sendiri. Kira OK lah tu kan. Bersyukurlah ....dah dapat kain baju Free. Untuk lelaki pula dengar ceritanya nanti dapat juga sorang sehelai T Shirt seragam. Tapi entah bila belum tau lagi. Sabar je lah tunggu.

Khamis, 9 Februari 2012

Bulan Maulud


   Bulan Maulud adalah bulan kelahiran Nabi kita Muhammad saw ia itu pada 12 Rabiul awal tahun hijrah. Di Malaysia tarikh itu telah jatuh pada hari Ahad bersamaan 5hb Februari 2012 tahun masihi. Cuti umum bagi rakyat Malaysia. Oleh kerana jatuh pada hari Ahad, ia inya di tunda cuti ke hari Isnin. Hari Selasa pula cuti lagi hari Thaipusam, bagi penganut agama Hindu. Beruntung rakyat Malaysia ni ye, banyak betul cuti dalam setahun. Lagi lah orang macam aku ni, boleh di kata dah cuti sepanjang hari. Alhamdulillah.
    Berbalik cerita bulan maulud ini ini, kebanyakan masjid masjid, surau surau, sekolah sekolah di Malaysia ini akan menyambut hari kelahiran Nabi kita ini dengan mengadakan ceramah ceramah berkaitan Nabi kita ini, ada juga yang membuat perarakan sambil berselawat dan mengucap Salam kepada nabi kita ini, sebagai tanda memperingati dan menunjukkan kasih sayang kita terhadap junjungan kita Nabi Muhammad saw. Di masjid SHK ini majlis ceramah akan di adakan pada malam ini. Ia itu bermula selesai solat Magrib. Penceramah undangan ialah ustat Norazman. Di ikuti solat Isyak, seterusnya ada jamuan makan. Dengar khabarnya ada yang sumbang se ekor kerbau untuk jamuan makan malam ni. Syukur alhamdulillah...muga bertambah tambah murah rezeki beliau. Sebenarnya majlis ini telah pun bermula dari pagi tadi di mana penduduk setempat bergotong royong menyediakan persiapan, termasuk persiapan jamuan makan malam ni. Di ikuti pada sebelah petang ceramah khas sambutan ini untuk kaum ibu ibu. Selesai solat Asar sempat juga mengadakan perarakan oleh pelajar Sekolah Ugama dan di iringi oleh ibu ibu dan penduduk setempat. Begitulah setiap tahun, akan di adakan majlis2 sebegini. Kekadang sampai terlewat bulan maulud kerana menunggu giliran penceramah yang di undang.

Sabtu, 4 Februari 2012

Tanam lagi ubi kayu



    Pagi tadi aku tanam lagi potongan batang ubi kayu sebanyak 60 pokok lagi di belakang seberang paya, dekat bawah pokok durian tu. Dah dua hari aku menyangkul meratakan tanah yang berbusut busut tu selepas di korek membuat parit lebih kurang setangah tahun lalu. Daripada terbiar semak, baik juga aku usahakan sikit sikit. Ada juga faedahnya. Dah terang tu semangat pula nak mengusahakannya. Bolh juga nanti di tambah dengan tanaman pisang atau pun sayuran. Bolih juga tanam pokok tahun, kelapa ke, cempedak ke atau apa apa saja.
    Sekarang ni pun aku dah tak ada kerja, menukang rumah orang dah tak ada, lagi pun dah letih sangat rasanya. Nak wayering pun tak ada pula orang yang minta. Almaklumlah semuanya tengah gawat, hasil sawit dah tak ada. Tak lama lagi nak tebang. Makan belanja je lah duit saraan yang Felda pinjamkan rm1000.00 setiap bulan tu nanti. Itu lebih baik rasanya dari hasil sawit yang amat kurang ini.

Khamis, 2 Februari 2012

Isi borang SARA 1 Malaysia.



   Pagi ini sempat aku isi borang SARA ia itu Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia. Program ini adalah merupakan pinjaman sebanyak RM5,000.00 bertujuan untuk di laburkan dalam skim amanah tersebut. Dengar cerita berebut orang nak cari borang ni, tapi kebanyakan nya dah habis. Ni nasib baik ada kawan yang anaknya ambilkan di Kuala Lumpur. Dapat juga lah sekeping. Pada mulanya rasa was was juga nak isi, mana tau tak layak ke, atau tak di terima.. tapi aku cuba jugalah. Siap saja isi, bini aku yang bawa ke Wakil Rakyat Parlimen untuk di tanda tangani. Lepas tu bawa pula ke Bank untuk di hantar, malang nya tidak di terima. Pihak bank tidak mau wakil yang antar. Sebab bank mahukan cap jari dari tuan punya pemohon. 3 orang pergi tadi hanya sorang yang di terima sebab ianya ibu tunggal. Aku punya dan jiran sebelah punya kenalah bawa balik dulu. Dan akan di hantar pada hari Rabu minggu depan.
    Dengar ceritanya pinjaman ini boleh dibayar balik tiap tiap bulan, atau bolih juga tidak dibayar dengan duit sendiri. Ia nya akan di bayar melalui dividen yang di perolihi dari pelaburan tersebut. Untung juga kalau begitu. Cukup tempohnya esok dapatlah kita pangkalnya dan lebihan dari keuntungan dividen. Tak pe lah. Tapi entah lah ni, samaada lulus atau tidak belum pasti, sebab terlalu ramai yang memohon termasuklah cina, india dan sebagai nya. Sebab ini adalah saham 1 Malaysia, semua bangsa boleh memohon, Cuma ianya terhad ia itu RM500 juta untuk 100,000 isi rumah sahaja.