Isnin, 25 Jun 2012, pagi ini aku
dan isteri ke klinik depan untuk buat pemereksaan Tekanan darah tinggi.
Biasalah 3 bulan sekali kena pergi untuk pemereksaan, rawatan dan ambil ubat
yang di perlukan. Setelah di pereksa, alhamdulillah, tak de naik darah tinggi
aku, normal sahaja ia itu 124/77. kira ok sangat lah tu. Berhubung dengan
pemereksaan gula dalam darah yang di pereksa 3 bulan lalu, ok juga ia itu 4.4
sahaja. Amat rendah. Cuma buah pinggang saja yang ada sikit masalah. Kini
doktor bagi lagi ubat khas untuk pinggang, ½ biji sekali makan dan sehari
sekali makan sahaja. Kemudian pada 9hb 7 nanti doktor suruh datang lagi untuk
ambil darah buat pemereksaan.
Selesai saja di klinik tu aku
terus ke BSJ pula, bawa isteri sekali, terus pergi ke klinik gigi. Aku cabut
sebatang lagi sebelah bawah depan. Kali ini terasa agak sakit sikit walau pun
giginya sudah bergoyang. Tapi alhamdulillah juga masih boleh di tahan. Lagi pun
kali ini doktor perempuan yang cabut, tidak seperti selalu doktor lelaki.
Alhamdulilah...dah 5 batang cabut di situ, kini ada tinggal 6 batang saja lagi
gigi aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan