Khamis, 21 Jun 2012. Pagi ini
kerja aku main simen. Ha haa, dah lama tak main simen, hari ini kena main
simen. Sikit jee. Ni haa nak pasang balik penyardar bangku simen pero yang
telah tanggal berbulan bulan lamanya. Bangku ni dah lama aku buat, rasanya dah
hampir 10 tahun, catnya pun dah kelabu asap, bercandawan. Aku terpaksa ketuk
semula pecahkan kawasan yang nak di sambung tu, dan sangkutkan semula, kaitkan
besi yang terdapat di dalamnya. Sudah tu baru lah tampal semula dengan simen.
Kerja ni yang kena hati hati, cermat cermat, tak boleh gopoh gapah, tenang
tenang sahaja. Al maklum lah simen yang masih basah dan cair mudah jatuh. Tapi
kalau hati kita cekal membuatnya insyaallah boleh buat. Alhamdulillah.... lebih
kurang 1 jam saja buat selesai. Tunggu sajalah ia kering sendiri. Esok esok
boleh cat cantik cantik semula.
Yang ke duanya, main simen juga.
Buatkan satu lagi pasu ukir zink, sebagai ganti yang telah pecah. Kalau tak
buat, tak cantik rupanya pandangan kat tepi jalan tu, kurang satu lagi pasunya.
Mau tak mau aku buatkan juga lagi satu. Baik juga zink acuan lama tu masih ada
tersimpan, Cuma acuan dalamnya tak ada. Akhirnya dapat juga aidea, bekas tong
cat yang besar. Haa jadi juga nampaknya, Cuma ia nampak lebih tebal konkritnya.
Ok lah tentu ia lebih tahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan