Khamis, 07 Jun 2012. jam 6.50pg
aku dan bini dah mula bergerak dari rumah menuju ke Kuala Pilah. Singgah di
Bahau sekejap, masukkan duit di CIMB untuk tambang Shafiq nak balik esok.
Kesian jugak akaknya pun tak de berduit nak bagi tambang, almaklumlah baru
lepas kenduri kahwin adik iparnya di Perak.
Di Kuala Pilah, biasalah bini aku
buat pemereksaan doktor pakar selepas baru semalam jahitan di tangannya di buka
di klinik depan semalam. Kata doktor OK jee, tak de masalah. Cuma doktor
sarankan nak buat terapi, tetapi tak jadi hari ini, sebab orang terlalu ramai.
Doktor bagi tarikh 19 Jun nanti datang semula untuk buat terapi. Tujuannya
untuk melatih supaya tangan dan jari jari dapat menggenggam seperti biasa
semula. Pukul 11.30 kami pun balik, singgah lagi kat Bahau untuk membayar
bulanan kereta, shoping barang dapur kat Econsave dan makan tengahari. Balik
kerumah dah dekat pukul 3.00 ptg. Alhamdulillah..... selamat segalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan