Ahad, 24 Jun 2012. pagi ni cuti,
tak kemana mana. Sebaik balik dari
jogging, aku pon mulalah buat2 keja kat rumah sendiri. Mula mula letak pasu
ukir zink yang aku buat hari tu ke tepi jalan, isi saja tanah dan terus tanam
bunganya. Barulah nampak cantiknya, kalau tidak nampak sangat kurang satu,
tinggal tunggu untuk cat sahaja lagi, biar seragam.
Yang keduanya, tanam benih
durian musang king, pemberian mahassiswa UPM tempohari. Dah lebih 2 minggu
terletak saja dalam polybag tu. Baik juga ada kawasan agak lapang di belakang
rumah tu, boleh lah sumbat 2 pokok durian tu lagi. Insyalah kalau ada rezeki,
hidup berbuah pokok tu, merasalah kita memakannya. Kalau tak pon anak cucu masa
akan datang, boleh juga menikmatinya. Anak cucu sesekali balik kampung (felda).
Seawal dulu kawasan tu dah tanam juga durian, tapi dah mati di sebabkan anai
anai yang bersarang di bawahnya. Satu lagi dulu ada pokong jering yang terlalu
rimbun, tapi buahnya tak ada, melindung tanaman pokok2 lain, jadi aku
tebanglah. Satu lagi dulu ada pokok kuini, pon aku tebang, berbuah tapi buahnya
tak pernah dan tak boleh di makan, asyik berulat saja di dalamnya. Nak buat
apa, baik aku tebang juga. Tu lah yang jadi agak lapang sikit kawasan tu.
Harap2 hidup suburlah pokok durian yang aku baru tanam tu...insyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan