Pagi tadi aku
tanam lagi potongan batang ubi kayu sebanyak 60 pokok lagi di belakang seberang
paya, dekat bawah pokok durian tu. Dah dua hari aku menyangkul meratakan tanah
yang berbusut busut tu selepas di korek membuat parit lebih kurang setangah
tahun lalu. Daripada terbiar semak, baik juga aku usahakan sikit sikit. Ada juga
faedahnya. Dah terang tu semangat pula nak mengusahakannya. Bolh juga nanti di
tambah dengan tanaman pisang atau pun sayuran. Bolih juga tanam pokok tahun,
kelapa ke, cempedak ke atau apa apa saja.
Sekarang ni pun
aku dah tak ada kerja, menukang rumah orang dah tak ada, lagi pun dah letih
sangat rasanya. Nak wayering pun tak ada pula orang yang minta. Almaklumlah semuanya
tengah gawat, hasil sawit dah tak ada. Tak lama lagi nak tebang. Makan belanja
je lah duit saraan yang Felda pinjamkan rm1000.00 setiap bulan tu nanti. Itu lebih
baik rasanya dari hasil sawit yang amat kurang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan