Sudah lama kolam tu di buat, dah
lebih 12 tahun. Masih ada tarikh nya tercatit., ia itu mula di bena pada 23
Ogos 1999. dah banyak kali juga ia nya bocor, resap air. Al maklum lah ada
tanaman besar di tepinya termasuklah rambutan. Akar nya telah menolak dan
meretakkan kolam tersebut. Setiap kali bocor, maka di simen sajalah jawapnya.
Kali ini aku simen cara menyeluruh. Habis lah setengah kampit simen dan
sekereta sorong pasir. Harap harap lepas ni jangan lah bocor lagi.
Dari dulu lagi hanya ikan talapia
yang aku bela. Dah berapa banyak keturunannya aku pun tak tau. Yang pastinya
aku tidak pernah lagi membeli anak2 benih ikan baru. Pada asal dahulu aku bubuh
anak talapia merah, beberapa tahun kemudian aku tambah dengan anak talapia
hitam yang aku minta pada kawan ku. Akhirnya anak yang di lahirkan berbelang
belang merah campur hitam. Syok juga melihat nya, cantik berbelang belang. Tapi
ada jua yang kekal merah dan kekal hitam. Lama kelamaan hinggalah kini, yang
merah makin pupus, dah tak ada lagi yang merah mahu pun yang berbelang belang.
Kesemuanya jadi hitam sahaja. Munkin juga sebab yang hitam tu lebih lasak dan
lebih tahan hidup di air kolam begitu. Lagi pun adanya burung raja udang yang
gemar mencuri anak anak ikan itu. Burung itu lebih gemar dan lebih nampak yang
berwarna merah. Sebab itu lah yang merah makin pupus. Apa apa pun aku akan
terus membelanya sampai bila bila. Setiap kali dah ada yang besar, maka akan ku
tangkap di jadikan lauk. Sedap rasanya, tak ada rasa lumpur. Lagi pun makanan
nya hanya bentuk pelet yang di beli di kedai. Tak pernah aku bagi makanan lain.
Dan airnya pun perlu di ganti pada setiap antara sabulan hingaa dua bulan
sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan