Jumaat, 17 Februari 2012

Sukaneka Warga Emas Klinik SHK.




   Acara ini sebenarnya ialah PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN & PERESMIAN KELAB WARGA EMAS, yang di anjurkan oleh panel penasihat klinik Serting Hilir Komplek’s. Ia nya telah pun berlangsung semalam dari pagi hinggalah ke sebelah petang acara penutupnya, yang mana telah di sempurnakan oleh YB Dato’ Hj Lilah bin Hj Yasin, Ahli Parlemen Jempol. Meriah sungguh bila melihat gelagat warga2 emas yang telah berusia 60 tahun bersukan. Tapi bukan nya sukan berat2, Cuma sukaneka rengan2 yang amat2 melucukan. Di antara acara yang di pertandingkan ialah acara bisik2, seorang ke seorang lain, sampai ke penamat pasti banyak jawapan yang berbeza dari asalnya. Acara lainnya, baling tin dengan buah kelapa, bawa air dalam sudu masukkan ke botol, lari baton dll. Acara kemuncaknya ialah semakin jauh semakin sayang. Ini yang lucunya. Pelbagai gaya warga emas menyambut belon yang berisi air, ada juga yang basah kuyup apabila belon itu pecah. Semua nya pasti melucukan dan menghiburkan. Selain acara sukan ada juga program atau acara lain di adakan, di antaranya pameran buku2 kesihatan. Ada teka gula gula. Ada sumbangan anak benih limau dengan bajanya sekali dari jabatan pertanian. Ada cabutan no bertuah, ada kempen derma darah dan sebagainya.
   Pada sebelah petang acara penutup, biasalah kalau panggil orang politik ni, tentu beliau akan berceramah dulu, tak banyak sikit, apa apa pun semua untuk kebaikan kita. Pada aku tidak ada lain kerajaan lain di dunia ini sebaik kerajaan Malaysia yang ada sekarang ni. Bersyukur sangat2 aku. Pilihan raya Umun ke 13 tak lama lagi, tu lah masing2 membuat pelbagai program sambil berkempen. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan