Dari pagi semalam lagi aku dah
mula memesin rumput. Dan sambung pagi ni menyiapkan sampai ke belakang paya.
Itu lah kerja bulanan aku. Kerja tak bergaji, sebab kerja di rumah sendiri.
Tapi baik juga buat sendiri dari pada nak upah orang lain yang buat. Kalau nak
di nilai semua kawasan yang aku mesin tak kurang Rm60.00 upahnya, silap2 lebih
lagi dari itu. Zaman sekarang bukan macam dulu, duit sekarang dah macam kecil
nilai nya. Semalam aku mesin bahagian tepi rumah, halaman, tepi jalan, keliling
stor blok 4, sebahagian kawasan atas bukit dan sebahagian belakang rumah. Dah
letih pukul 11.00 pg berhentilah dulu, tak siap lagi. Semalam juga bini aku
puasa, jadi tak dapat lah di menolong membersihkan nya. Hari ini aku sambung
lagi siapkan belakang sampailah ke kawasan paya belakang rumah.
Alhamdulillah...siap semuanya. Bini aku pula yang tak larat membersihkannya,
baru bahagian depan, dah dekat tengahari. Aku pun nak tolong dah rasa letih,
rehat je lah dulu.
Cerita pasal mesin ni, cukup
bagus injinnya. Tak pernah rosak teruk. Sikit2 tu biasa lah, ganti plug ok lah
dia. Dah lama mesin tu, dah hampir 20 tahun. Masa awal2 dulu ada juga lah
mengambil upah sikit2 menebas di tempat orang. Sejak ke belakangan ni dah malas
dah, Cuma buat kawasan rumah sendiri sahaja. Mata yang aku gunakan pun mata
tali tangsi sahaja. Sekeru kepala nya dah rosak, tak dapat di buka selalu. Jagi
pakai mata tali tu, tak perlu buka2 lagi, pasang tali jee, stat lah mesin. Lagi
pun cara itu lebih selamat.
<Hanya gambar hiasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan