Macam sudah menjadi adat atau
kebiasaan bagi orang2 di sini akan membuat kenduri potong jambul dan berendoi
bagi anak2 mau pun cucu2 yang di lahirkan. Biasanya bagi baby2 yang baru
berumur sebulan hingga 6 bulan. Majlis biasanya akan di mulakan dengan bacaan
berzanzi dan marhaban oleh kumpulan GPW di sini. Semasa berdiri berselawat ke
atas nabi kita Muhammad saw, baby itu akan di bawa keliling menemui semua yang
hadir. Baby itu akan di basahkan kepalanya dengan air mawar kemudian di gunting
sedikit rambutnya. Siapa yang buat begitu kenalah bagi hadiah RM, tak kiralah
berapa iklas kepada baby itu. Dan hadiah biasanya akan di balas dengan bunga
telor atau pun jajan2 sahaja. Tak kiralah mengikut kemahuan dan kemampuan tuan
rumah nak bagi.
Selepas majlis bercukur selesai,
akan di sambung pula dengan majlis berendoi. Sekali lagi kumpulan GPW
berselawat dan berlagu khas. Dan memasukkan baby ke dalam buai yang di hias
indah dan di gantung di tengah rumah. Baby di hayun, di dodoikan perlahan
sehinggalah tertidur. Kalau baby nak tidur lah, kalau tak tidur tak apa juga.
Sehinggalah ke acara kemuncak dan penutup berendoi, pada hadirin dan kanak2
akan berebut gula2 dan jajan yang siap di gantungkan bersilang seli di dalam
rumah tersebut. Begitu meriah sekali rasanya. Walau bagaimana pun ini semua
bukanlah perkara yang di tuntut oleh ugama kita, hanya sekadar suka suka
sebagai hiburan menjayakan majlis.
Di akhir majis biasanya akan di
adakan pula bacaan tahlil khas untuk ahli2 keluarga yang telah meninggal dunia.
Ini di lakukan oleh kaum lelaki. Seterusnya jamuan makan di sediakan. Maka
selesailah majlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan