Pagi ini sempat
aku isi borang SARA ia itu Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia. Program ini adalah
merupakan pinjaman sebanyak RM5,000.00 bertujuan untuk di laburkan dalam skim
amanah tersebut. Dengar cerita berebut orang nak cari borang ni, tapi
kebanyakan nya dah habis. Ni nasib baik ada kawan yang anaknya ambilkan di
Kuala Lumpur. Dapat juga lah sekeping. Pada mulanya rasa was was juga nak isi,
mana tau tak layak ke, atau tak di terima.. tapi aku cuba jugalah. Siap saja
isi, bini aku yang bawa ke Wakil Rakyat Parlimen untuk di tanda tangani. Lepas tu
bawa pula ke Bank untuk di hantar, malang nya tidak di terima. Pihak bank tidak
mau wakil yang antar. Sebab bank mahukan cap jari dari tuan punya pemohon. 3
orang pergi tadi hanya sorang yang di terima sebab ianya ibu tunggal. Aku punya
dan jiran sebelah punya kenalah bawa balik dulu. Dan akan di hantar pada hari
Rabu minggu depan.
Dengar ceritanya
pinjaman ini boleh dibayar balik tiap tiap bulan, atau bolih juga tidak dibayar
dengan duit sendiri. Ia nya akan di bayar melalui dividen yang di perolihi dari
pelaburan tersebut. Untung juga kalau begitu. Cukup tempohnya esok dapatlah
kita pangkalnya dan lebihan dari keuntungan dividen. Tak pe lah. Tapi entah lah
ni, samaada lulus atau tidak belum pasti, sebab terlalu ramai yang memohon
termasuklah cina, india dan sebagai nya. Sebab ini adalah saham 1 Malaysia,
semua bangsa boleh memohon, Cuma ianya terhad ia itu RM500 juta untuk 100,000 isi
rumah sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan