Rabu, 29 Februari 2012

Mesyuarat Agung TADIKA-2012.



    Petang ini berlangsungnya mesyuarat agung tahunan Tadika Felda Serting Hilir 04 di Bangunan Tadika tersebut. Ianya akan di resmikan oleh Pengurus Rancangan Felda Serting Hilir 04 sendiri. Malas aku nak pergi. Isteri ku saja yang pergi cukuplah. Bagilah keutamaan kepada ibu bapa yang ada anak anak mereka bersekolah di situ. Ini kekadang ada anak pun belajar di tadika, tapi ibu bapa malas nak datang mesyuarat. Tak tau apa sebabnya. Malas aku nak komen. Lainlah macam aku ni, mana ada lagi anak sekolah Tadika. Tahun 2011 yang lepas aku di lantik juga sebagai AJK Tadika tersebut. Isteri aku juga di lantik. Nak buat apa sampai dua dua orang serumah di lantik, sedangkan tiada anak yang bersekolah di situ. Dah tak ada orang lain ke. Sepatut nya ibu bapa yang ada anak belajar di situlah yang layak di lantik, bukannya aku. Walaupun di lantik, namun sekali pun aku tak pernah datang mesyuarat AJK, memang malas aku nak datang. Tapi isteri aku ada juga lah datang. Cukuplah tu sorang wakil satu rumah.
     Mesyuarat Agung tahun ni (hari ini), juga malas aku nak datang. Biar lucut jawatan tersebut. Bagilah lain orang pula. Aku tak pegang jawatan bukan bererti aku tak sokong Tadika ni. Bukannya aku tak mau campur dalam hal2 tadika ni. Tapi biarlah lebih afdal kalau ibu bapa yang ada anak mereka belajar di situ menjadi AJK, sekali gus boleh merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa, guru dan murid2 tadika tersebut. Apa apa pun aku harapkan biarlah Tadika kita ini akan terus maju, terus berseri, terus berpenghuni dan terus mendapat perhatian dari semua penduduk setempat. Kalau dah tak ada anak anak kecil, cucu cucu pula boleh terus bersekolah di situ. Semuga ianya akan terus kekal menjadi warisan kita sebagai penduduk di Felda Serting Hilir 04 ini khasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan