Jumaat, 10 Februari 2012

Gelang isteri ku hilang



     Sewaktu mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh tadi, baru isteriku sedar gelang di tangannya telah tiada, dia mengadu dan bertanya pada ku, apa yang boleh aku jawap melainkan tidak tahu. Selesai solat subuh kami berusahalah mencari di tempat tidur dan sekitar dalam rumah, namun hampa, dah tak nampak pun bayangnya. Mula lah isteriku terasa sedih dan gelisah. Itu lah satu satunya gelang mahal yang ada. Gelang peninggalan arwah emak nya dulu yang telah di tukar tambah lagi nilainya. Masa tu harganya pun rm1,200.00. namun kini harga emas yang dah melambung tinggi, munkin harganya dah lebih rm2,000.00. Puaslah isteri aku mengingat ingatkan di mana cicirnya dan menalifon kawan2nya kalau kalau ada yang terjumpa, namun semuanya hampa.
     Pagi tadi sempat lagi jogging dan singgah di tapak perpustakaan tu, mana tau kalau2 ada tercicir di situ. Sebab malam tadi hingga jam 12 tg malam isteri ku ada di situ mendengar ucapan Tan Sri Isa samad serta majlis ceramah Foram Perdana. Cuba juga bertanya pada jaga(rela) yang bertugas di situ, namun jawapannya juga menghampakan. Dah tak de lah tu. Kalau ye tercicir, munkin jua ada orang yang telah menjumpainya terlebih dahulu. Nak buat macammana. Kita pun tak berani nak tuduh sapa sapa. Dah nasib lah tu. Bersabar je lah. Memohon pada ALLAH, mana tau dapat semula barang itu di kembalikan kepada yang punya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan