Dah lama IC Nana
tu siap, sekitar bulan nov tahun lepas. Tapi di sebabkan tiada dapat cuti di
hari bekerja, tak dapat lah ambil IC itu. Minggu tadi Nana menambah cuti 2 hari
lagi dan Nana baru ambil 2 hari lepas, ia itu pada hari Isnin 13 Feb. Semalam
(Selasa) dia dah balik semula ke Bangi. Di hari Isnin tu juga Nana pertama kali
keluarkan sedikit duit nya di AgroBank. Bukan untuk apa, Nana nak buka lagi
satu akaun di BSN menggunakan kad Dibet Visa. Tak perlu buku lagi. Nak masukkan
duit pun senang, guna mesin sahaja, bagitu juga nak keluarkan guna mesin juga. Dah
ada kad tu senang, hari cuti pun boleh keluarkan duit. Bukan itu saja nak
berbelanja pun senang, tak perlu bawa wang tunai, gunakan saja kad itu untuk
pembayaran. Tapi kenalah pastikan kita ada duit di dalam akaun itu. Sebab itu
bukan kad kredit. Itu kad dibet, ada duit simpanan di dalam nya boleh lah di
keluarkan atau di gunakan untuk shoping di gedung2 tertentu.
Pada minggu
lepas Nana mengikut rombongan hari keluarga (Bos tempat kerjanya) ke Langkawi. Sempat
juga dia shoping, beli set cawan, coklat2, minyak gamat dll. Cuma yang sedapnya
dengar, waktu balik dari Langkawi, dompetnya tercicir di dalam bas. Itu pon tau
setelah di telefon nya driver bas itu, kalau tidak dia pun tak tau di mana
hilang nya. Masalahnya semua IC, lesen dan benda2 penting ada di dalam tu. Duit
nya ada sikit je. Baik jugalah driver tu jujur sangat, di pulangkan nya setelah
dua hari. Itu pun terpaksa ambil di tol, sewaktu dia meliwati lebuh raya ke
Melaka. Abang amy yang tolong ambilkan. Alhamdulillah selamat, semuanya ada. Baru
lah lega rasa di hati. Kalau tidah susah juga di buat nya, kena repot polis dan
kena buat baru semuanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan